in

Senarai Penuh Finalis & Pemenang YouTube Ads Awards Malaysia 2016

Pada malam ini YouTube Ads Awards Malaysia meraikan hasil kreatif iklan terbaik di platform video paling popular Malaysia yang menjadikannya destinasi harian buat hiburan, pendidikan dan maklumat terkini.

YouTube Ads Awards Malaysia meraikan hasil kreatif terbaik di platform video paling popular Malaysia

Dipersembahkan oleh YouTube Malaysia, malam anugerah yang diadakan buat pertama kali ini memberi penghormatan kepada jenama-jenama, agensi-agensi dan juga para pencipta kandungan YouTube, yang mana hasil kreatif mereka melangkaui tujuan pemasaran untuk menawan hati dan minda penonton menerusi pelaksanaan yang kreatif dan jalan cerita yang menarik.

YouTube Malaysia Ads Awards dianjurkan bersama dengan Malaysian Advertising Association (MAA) selaku rakan rasmi, dan Advertising + Marketing Magazine selaku rakan media rasmi.

Maxis jenama yang paling diraikan pada malam anugerah

“YouTube Ads Awards Malaysia yang pertama ini meraikan hasil-hasil kerja yang benar-benar memberangsangkan yang pernah dilihat platform video dan sosial paling berpengaruh dunia ini,” kata Sajith Sivanandan, Pengarah Urusan Google Malaysia, Vietnam, Filipina dan Pasaran-pasaran Baru. “YouTube sentiasa mengalu-alukan hasil-hasil kreatif baru dan eksperimental seiring dengan maklamatnya untuk menjadi platform terbaik bagi para pencipta kandungan dan jenama-jenama sekalian untuk terus berkembang.”

Pemenang utama pada malam tersebut merupakan Maxis yang membawa pulang anugerah Iklan Terbaik bagi hasil karya ‘The Last Kite Maker’, yang turut memenangi anugerah Iklan Teknologi / Telekomunikasi Terbaik, Penceritaan Terbaik dan Iklan Panjang Terbaik. ‘The Last Kite Maker’ menceritakan kisah Pak Shafie, yang mengimpikan pengalaman terbang bersama layang-layang wau yang dihasilkannya sepanjang separuh abad yang lepas.

“The Last Kite Maker” telah memikat panel hakim dengan mesej dan cerita yang menyayat hati, sekaligus menjadi penanda aras bagi pengiklanan berkualiti dan kreatif di platform video tersebut. Keempat-empat juri pertandingan merupakan tokoh-tokoh terkenal industri: Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PrimeWorks Studios; Chan Woei Hern, Pengarah Kreatif Eksekutif IPG Mediabrands; Eugene Chan, Ketua Komunikasi dan Perkhidmatan Pemasaran Nestle Malaysia; dan Melati Abdul Hai, Pengarah Kanan Pemasaran dan Komunikasi McDonald’s Malaysia.

Selain Maxis, lima jenama dan agensi lain diberi penghormatan di majlis anugerah tersebut. ‘Janji Papa’ oleh Bank Simpanan Nasional membawa pulang anugerah Iklan Kewangan Terbaik, ‘Whatever It Takes’ oleh 11street memenangi kategori Iklan Perniagaan Terbaik, manakala ‘Warnai Dunia’ oleh F&N memenangi Iklan Barangan Pengguna Terbaik. Selain itu, Dutch Lady pula membawa pulang anugerah Intro 5 Saat Terbaik manakala Tune Project memenangi kategori Animasi Terbaik.

Di samping itu, empat pencipta kandungan YouTube Malaysia turut diberi penghormatan di majlis anugerah tersebut, di mana butang perak YouTube disampaikan bagi mengiktiraf bilangan pengikut mereka yang telah melangkaui 100,000 orang:

Senarai penuh finalis dan pemenang YouTube Malaysia Ads Awards 2016:

Teknologi / telekomunikasi

1) Maxis – The Last Kite Maker (pemenang kategori – IPG, Ensemble, Mojo Films)

2) Maxis – 6 Inch Durian Farm

3) Maxis – Rojak 360 Lost and Found

Kewangan

1) BSN – Janji Papa (pemenang kategori – Fisherman Integrated, Graph Studio, Mediacliq)

2) AIA – #MySwatowLaneClub

3) Maybank – Jom Raya

Perniagaan

1) 11st – Whatever it Takes (pemenang kategori – McCann Erickson)

2) Subway – Chicken Tandoori

3) IKEA – Storage Solutions

Barangan Pengguna

1) F&N x Bunkface – Warnai Dunia (pemenang kategori – m/SIX, Alpha, PRS Productions)

2) Unilever – Breeze Raya Pt.1

3) Nescafe – Halftime

Intro 5 Saat

1) Dutch Lady – Breakfast Chomp (pemenang kategori – Saatchi & Saatchi, Arachnid, Carat)

2) Oishi – Green Tea

3) Subway – Chicken Tandoori

Animasi

1) Tune Protect (pemenang kategori – Ensemble Worldwide)

2) Milo – Own the Day

3) Digi – My Digi App

Penceritaan

1) Maxis – The Last Kite Maker (pemenang kategori – IPG, Ensemble, Mojo Films)

2) 11st – Whatever It Takes

3) BSN – Janji Papa

Iklan Panjang

1) Maxis – The Last Kite Maker (pemenang kategori – IPG, Ensemble, Mojo Films)

2) 11st – Whatever It Takes

3) Sime Darby – Budak Subang Jaya 360

Iklan Terbaik

Maxis – The Last Kite Maker (pemenang keseluruhan – IPG, Ensemble, Mojo Films)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket VIP Konsert Promo Tour Mencari Cinta Sejati Cakra Khan

Juruvideo Utusan Online Danial Juara LAWAK SOLO