in , ,

HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG!

Peraduan Tayangan Filem ESCAPE ROOM

Hai semua pembaca Budiey.com, jika anda meminati filem thriller dan horror, apa kata sertai peraduan ini untuk mendapatkan dua pass menonton filem ESCARE ROOM yang membuatkan anda berdebar-debar dan tak sabar untuk melihat kesudahannya.

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem horror atau psikologi thriller terbaharu bergenre drama misteri yang luar biasa berjudul ESCAPE ROOM akan menemui penonton tidak lama lagi. Budiey percaya filem macam ni membuatkan korang tak senang duduk sebab mahu tahu apakah kesudahan penamat cerita, kan?

ESCAPE ROOM merupakan filem bergenre horror dan thriller yang diarah oleh Adam Robitel. Jika anda masih ingat, sutradara yang bernama Adam Robitel ini sebelumnya pernah mengarah filem INSIDIOUS: THE LAST KEY. Filem ini dibintangi Evan Williams, Annabelle Stephenson, Elisabeth Hower, Serta J. Johnson, John Ierardi dan Kelly Delson 

Bosan dengan filem seram yang ‘biasa-biasa’ saja? Nah! Menonton trailer filem ini dah buat korang bermimpi buruk. ESCAPE ROOM mungkin jawabannya.

Filem ESCAPE ROOM
Poster Filem ESCAPE ROOM

Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem ESCAPE ROOM yang akan diadakan di GSC 1 Utama pada 22 Januari 2019. Terima kasih banyak Sony Pictures Malaysia! 

Semasa menonton filem ini akan ada kejutan atau elemen suprise menanti penonton. Budiey percaya dengan jalan cerita yang bagus, pengarah Adam Robitel mampu mencipta kejayaan bagi filem ini setidak-tidaknya ianya membuatkan penonton ikut merasakan ketegangan dan turut berfikir untuk mencari jawaban atas teka-teki yang terus menghadirkan kejutan-kejutan tak terduga.

SINOPSIS FILEM ESCAPE ROOM

Filem ini diinspirasikan daripada sebuah permainan yang berasal dari Jepun, Escape Room merupakan permainan teka-teki yang dimainkan secara berkumpulan. Pemain akan berada di sebuah bilik berkunci dan mereka harus bekerjasama untuk mencari jawapan untuk teka-teki yang diberikan untuk melepaskan diri. Permainan ini direka untuk memupuk sikap kerjasama berkumpulan.

Namun, berbeza pula dengan cerita dalam filem ESCAPE ROOM di mana enam orang yang mempunyai latar belakang berbeza bertemu dalam sebuah bilik misteri dan mereka akan menemui ajal sekiranya melakukan kesilapan.

Zoey (Taylor Russell), Amanda (Deborah Ann Woll), Ben (Logan Miller), Mike (Tyler Labine), Jason (Jay Ellis), dan Danny (Nik Dodani) terpaksa bersabung nyawa di salah satu ruangan sebuah gedung lama setelah masing-masing dari mereka mendapatkan sebuah kotak misteri.

Pada mulanya, mereka diminta untuk menyelesaikan teka-teki untuk melepaskan beban hidup masing-masing. Namun, teka-teki yang diberikan itu bukan sebarangan di mana jenis teka teki itu ada kaitan dengan masa silam mereka yang kelam.

Mereka harus bertarung dengan pengganas sekaligus terpaksa bersedia untuk mati. Ini kerana teka teki yang diberikan bukan sekadar permainan malah ia memberikan tekanan dan stress sehingga mereka terbunuh. Bagaimanakah cara mereka menyelamatkan diri? Dapatkah kesemua enam orang itu melepaskan diri?

Kepada yang nak tonton filem ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 24 Januari 2019.

Untuk kalian yang menyukai filem yang mengujakan ini pastinya filem aksi hebat dan suspen ini sesuai untuk kalian semua.

Filem ESCAPE ROOM

Peraduan Tayangan Premiere Filem ESCAPE ROOM

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

22 Januari 2019 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja.

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere ESCAPE ROOM – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF : Jangan lupa hashtag ini: #PremiereWithBudiey #EscapeRoomMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.

Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem ESCAPE ROOM

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem ESCAPE ROOM kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: 

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere With Budiey ESCAPE ROOM

Tarikh tutup peraduan: 20 Januari 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 24 Januari 2019.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem ESCAPE ROOM
Filem ESCAPE ROOM

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jason Momoa

AQUAMAN Cecah $1B, Jason Momoa Dedah Sakit di Bahagian Kemaluan

Lan Solo

TWIST ABANG SAYANG Jadi Taruhan Lan Solo