in , ,

AQUAMAN Cecah $1B, Jason Momoa Dedah Sakit di Bahagian Kemaluan

Pemakaian kostum adalah salah satu masalah yang harus dihadapi oleh pelakon yang membawa watak super hero. Kostum yang sangat ketat membuatkan pelakon susah untuk kerja-kerja lain. Beginilah yang dialami oleh Jason Momoa yang membawa watak sebagai Arthur Curry alias Aquaman.

Tahniah buat filem AQUAMAN yang telah mencapai kejayaan dengan mengutip $1billion! Di sebalik kejayaan ini, macam-macam kesukaran dan cabaran terpaksa ditempuhi oleh pelakon dan pengarah. Antara yang menarik perhatian adalah cerita dari Jason Momoa yang khabarnya merasai sangat sakit di bahagian kemaluan.

Filem Aquaman Di Manila
Susuk tubuh tegap perkasa Momoa sesuai dengan watak Aquaman

Menurut Jason Momoa, dia mendedahkan rasa sangat sakit di bahagian kemaluan sepanjang memakai kostum Aquaman. Mungkin kerana itu, jeritan yang selalu diutarakan wataknya dalam filem Aquaman kedengaran sangat menyakinkan kerana beliau benar-benar rasa sakit di bahagian sensitifnya.

Dalam filem Aquaman kita dapat saksikan Jason Momoa mengenakan kostum ketat berwarna kuning keemasan di bahagian atas dan hijau di bahagian bawah densn tekstur sisik ikan. Warna dan rekaan baju ini diadaptasi dari komik klasik Aquaman. 

“Nampak macam mudah untuk buang air kecil semasa mengenakan kostum ini. Tapi sebenarnya, tak mudah sama sekali.”

“Kalau nak buang air besar, saya terpaksa tahan dulu. Sampailah shooting habis!”

– Jason Momoa

Sebenarnya Ini Punca Rasa Sakit

Jason Momoa mendedahkan punca kesakitan adalah akibat daripada peralatan yang dipasang di pinggang dan dicelah kelangkangnya dan di bawah kostumnya supaya beliau boleh ditarik tinggi dan tergerak seakan berenang di bawah lautan.

Hasilnya, seperti yang kita dapat lihat, pergerakan watak Aquaman dalam filem berdasarkan komik DC itu kelihatan sangat hebat dan berjaya mendominasi kutipan box office beberapa minggu. 

Filem Aquaman Di Manila

Setakat hari ini, kutipan Aquaman telah pun mencecah $1billion! Yeah! Congrats!

Pengarah James Wan juga turut bersetuju dan menceritakan pengalaman semasa pengambaran.

Menurutnya, pengambaran selama berjam-jam itu sangat menyakitkan di bahagian sensitif Momoa sehingga pelakon itu pernah memberitahu tidak selesa dengan tekanan yang kuat di seluruh badannya. 

“Dengan berat badan lebih 200 pound, sememangnya bukan pengalaman yang menyenangkan untuk beliau.” 

– James Wan

Untuk nampak lebih realistik, krew pengambaran telah mereka-cipta sebuah alat yang boleh mengangkat Momoa untuk terbang dan terapung seperti di permukaan bawah laut. Air laut kemudian ditambah menggunakan teknologi CGI dalam skrin.

“Ianya satu kerja yang sangat sukar tapi segalanya itu dianggap cabaran untuk menjayakan filem ini. Walaupun rasa sakit tapi terpaksa jugak buat. Malah Momoa berseloroh, mungkin dia tak boleh mempunyai zuriat selepas ini sebab bahagian sulitnya telah pecah.”

– James Wan

Namun, apa yang Budiey boleh katakan, setelah melihat hasil dari kerja-kerja lakonan berkesan Jason Momoa dalam filem ini, ianya sungguh berbaloi. Sinematografi dan gerakan lakonan sangat realistik. Setuju?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Teases Galaxy Unpacked 2019 with Captivating Billboards in Paris

Peraduan Tayangan Filem ESCAPE ROOM