in , ,

TWIST ABANG SAYANG Jadi Taruhan Lan Solo

Setelah berjaya dengan single pertama Berpisah Tanpa Rela, buat permulaan tahun 2019, penyanyi Lan Solo muncul dengan single kedua solo, berjudul Twist Abang Sayang ciptaan Lan sendiri sementara lirik oleh Rozi Sang Dewi.  

Lan Solo Ajak Peminat Menari Twist!

Menariknya mengenai lagu Twist Abang Sayang ini ia berirama twist yang membawa kepada tema keriangan, kegembiraan, keseronokan bagi tahun baharu.  Lagu ini juga membawa kepada aura positif yang diperlukan dalam hidup.

“Saya telah merancang perjalanan seni saya bagi sepanjang tahun 2019.  Oleh itu, bagi memulakan pengembaraan selama setahun ini saya mulakan dengan menghadiahkan sebuah single terbaharu buat peminat.  

“Lagu ini jauh daripada kebiasaan saya iaitu irama twist.  Sengaja saya hadir dengan irama ini bagi membangkitkan suasana ceria dan happening di tahun baharu.  Semoga aura positif ini dapat membangkitkan mood yang baik-baik sahaja buat kita semua,”

– Lan Solo

Tambah Lan yang kini semakin aktif mencipta lagu, idea untuk menghasilkan Twist Abang Sayang ini adalah idea bersama team yang ingin melihat Lan Solo mencuba lagu baru yang lebih fresh dan santai serta mudah untuk diterima ramai.  

“Saya mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menyiapkan lagu ini sepenuhnya sehinggalah ia dilancarkan pada tarikh 9119.  

“Saya memilih 9119 kerana antara pilihan susunan nombor yang cantik dan mungkin ia akan memberikan susunan yang baik juga dalam perjalanan karier.  

“Selain itu  bersempena dengan showcase pertama saya yang juga akan diadakan pada 2 Mac 2019 di Matic Kuala Lumpur.  Lagu ini juga antara salah satu langkah promosi untuk menguar-uarkan tentang showcase tersebut,”

– Lan Solo

Oleh itu besar harapan Lan agar lagu ini dapat diterima dan tidak dilupakan agar peminat dapat hadir untuk bersama-samanya dalam showcase Lan Solo Next Level nanti.  

Video lirik bagi lagu Twist Abang Sayang ini boleh ditonton di YouTube Seventeen Eleven Music.  Single terbitan Seventeen Eleven Music ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 Januari 2019.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Filem ESCAPE ROOM

Senarai Top 5 ERA Digital Muzik Awards 2018