in ,

Peraduan Party Pra Dengar Album Teka Teki Maya Karin

Dengarnya, Maya Karin masih lagi nak berteka-teki? Apa yang dia sembunyikan dari kita ya? Agaknya, mungkin jugak sekarang Maya Karin ada cinta baru kot? Mana kita tahu, kan?

Risik punya risik, oooh rupanya, pada 22 Februari, hari Sabtu ini, Maya Karin akan melancarkan album terbarunya berjudul TEKA-TEKI. Kalau tak silap Budiey, ini adalah album ketiga, Maya Karin, kan? Kali pertama merakam album pada tahun 2001 dengan album berjudul ERTI CINTA dan kemudian tiga tahun kemudian, Maya Karin melancarkan pula album kedua berjudul BUKAN QALAMAYA

Okay, tidak mengapa, kepada anda yang nak tahu, apakah teka-teki sebenar Maya Karin ni… esok, hari yang ditunggu akan tiba jua untuk pelakon filem SEJOLI ini memperkenalkan buah tangan terbaru termasuk sebuah single yang turut menggunakan judul yang sama iaitu TEKA-TEKI yang diadakan dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Budiey rasa sangat bertuah kerana Maya Karin telah melantik Budiey sebagai Blogger Rasmi untuk Party Pra Dengar Album TEKA-TEKI dan dengan itu juga, Maya Karin telah memberi peluang kepada 4 orang pembaca blog Budiey.com untuk turut sama hadir merasai kemeriahan party yang akan diadakan di Damansara Perdana jam 3.30 petang esok.

Maya Karin

Bukan sekadar dapat mendengar semua lagu yang terkandung dalam album TEKA-TEKI bersama pasangan anda, malah sekiranya terpilih, anda juga dapat beramah mesra secara eksklusif dengan Maya Karin dan akan dihadiahkan sehelai baju T eksklusif setiap seorang.

Tarikh: 22 Februari 2014, Hari Sabtu
Masa: 3.30 petang
Tempat: Damansara Perdana

maya karin teka teki

Kali ini, Budiey ingin menjemput 2 pasang pembaca setia Budiey.com untuk hadir di Party Pra Dengar Album Maya Karin

Caranya senang sahaja… anda perlu menjawab 2 soalan mudah :

  1. Dalam video travelogue bersama Maya Karin kat atas ni, namakan satu restoran yang kami sempat singgah?
  2. Apakah hashtag rasmi untuk acara Party Pra Dengar Album Maya Karin?

Sebagai pemutus seri, sila penuhkan slogan ini dan hantarkan melalui emel dan siarkan di Twitter dengan Hashtag: #TekaTeki

Saya mahu ke Party #tekateki @maya_karin bersama @Budiey kerana…  (slogan anda perlu ada perkataan ‘sayang’ tidak lebih 20 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi dalam emel anda tu:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
22 Februari 2014 jam 12 tengahari

Tajuk Email: Peraduan Party Pra Dengar Album Teka Teki Maya Karin

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui email & twitter.
  3. Keputusan juri adalah muktamad.
  4. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih buat Warner Music Malaysia kerana sudi menjemput pembaca setia Budiey.com ke acara #TekaTeki ni.

Jom follow Warner Music di Twitter: @wmmalaysia dan juga instragram @warnermusic_malaysia dan LIKE Facebook Warner Music Malaysia.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom tonton dan dengarkan lagu terbaru berjudul TEKA-TEKI, klik SINI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pembukaan O’Galito Restaurant & Bar Kuala Lumpur

Shila Amzah Makin Mara Dalam I AM SINGER di China