in

Peraduan Menangi Tiket VIP & Backstage Pass di Golden Disk Awards ke 27

Updated: Senarai Nama Pemenang Peraduan Menangi Tiket VIP & Backstage Pass di Golden Disk Awards ke 27

Grand Prize winner (2x Samsung Galaxy Zone tickets, with backstage and lounge access)

Chan Wah Loong

Consolation Prize winners (2x each Samsung Galaxy Zone tickets worth RM999)

1. Najwa Kesuma bt Mahadi

2. Khairun Nisa bt Tamrin

3. Nur Hafiza bt Abu Bakar

4. Shereen Nadira bt Jasney

5. Foo Sheau Wen

6. Yap Chia Wei

7. Chua Jien Fern

====

Kehangatan Golden Disk Awards ke-27 yang akan berlangsung di Sepang hari Selasa ini semakin membahang. Walaupun tanpa kehadiran penyanyi yang menerima jolokan Grammy Korea iaitu Psy, pasti tidak sikit pun menghalang kepada kehangatan GDA. Budiey perhatikan ramai juga followers Budiey di Twitter merungut mencari tiket. Okay, jangan bimbang ye, Budiey ada satu cara untuk korang semua dapatkan tiket VIP & Rockpit tu. Baca entri ini sampai habis ya.

[pullquote align=”right”]Selain peminat K-pop tempatan, GDA pasti dinantikan oleh semua peminat K-Pop di seluruh Asia.[/pullquote]

Berlangsung selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Februari 2013, GDA mengundang lebih ramai lagi artis popular. Kalau sebelum ini sebanyak 22 orang artis bertandang di Sepang, Budiey mendapat tahu tiga lagi penyanyi BTOB, Heo Gak dan Miss A akan turut diterbangkan ke Malaysia untuk menghadiri GDA. Manakala, bukan sekadar Hyuna tapi semua anggota 4Minute dan EXO (berbanding EXO-K saja sebelum ini) akan turut serta memeriahkan acara GDA.

G-Dragon BigBang GDA

Budiey nak sangat hadir ke GDA ni bukan sebab apa pun, sebab Budiey memang fanatik dengan grup BigBang. So, kenalah pergi walaupun yang hadir cuma G-Dragon je. Sedih!

GDA akan diserikan dengan persembahan hebat dari pemegang rekod penerima anugerah terbanyak GDA, Super Junior, G-Dragon (Big Bang), Girl’s Generation, SHINee, FT Island dan Kara. Yong Hwa dan Nicole yang bertindak selaku pengacara majlis nanti akan tampil membuka tirai pentas dengan persembahan lagu ‘cover version’, Because of You nyanyian asal penyanyi Amerika Syarikat (AS), Neyo.

Antara persembahan termasuklah Super Junior yang akan menyanyikan Bonamana, From You, Oppa Oppa dan Sexy, Free & Single, G-Dragon (One of a Kind, Crayon, Heartbreaker), FT Island (lntro + Live, Severely, I Wish), SHINee (Lucifer, Stranger, Intro + Sherlock), KARA (Intro + Pandora, Jumping, STEP), BEAST (Special, Beautiful Night, Fiction), 4Minute (Intro + Volume Up, Mirror) dan EXO (Intro + MAMA, History, HOT).

Manakala, Juniel pula akan tampil dengan lagu Bad Person, Jong Hyeon dan Juniel (illa illa, My Love), B1A4 (Good Night, Tried to Walk, Baby I’m Sorry, Sechskies), BTOB (Secret, My Girl, Intro + WOW) dan CNBlue (Intro + Hey You, Intuition), INFINITE (The Chaser, Be Mine, Paradise) bagi sesi hari pertama.

Sementara pada hari kedua pula akan diacarakan Hong Ki dan Dasom yang turut membuka tirai menyanyikan lagu Way Back Into Love, T-ARA (Sexy Love, Lovey Dovey, Roly Poly), Miss A (Touch, I am an Independent Lady), Lee Ha Yi (Intro + 1,2,3,4, Mamadu), Ai Lee (lntro + Heaven + I Will Show You, Umbrella), Secret (Intro + Talk That, Poison, Love is More) dan Heo Gak (The Person that Loved You, One Person).

Turut beraksi, Teen Top yang menyanyikan To You, Crazy dan Be Ma Girl, Epik High (Get Out The Way, Love, Love, Love, Light It Up), F(X) (Jetstar, Electric Shock), K.Will (Please Don’t, Need You, My Heart Beating), SISTAR (Intro + Alone, Loving You, Ma Boy) dan Miss A (I’m Your Girl).

Hari ini, Budiey dapat tahu, mulai esok ramai selebriti K-Pop akan terbang ke Malaysia dan sampai. Dengarnya, mereka akan tinggal di 3 buah hotel mewah terkenal iaitu Marriott Putrajaya, Palace of Golden Horses & The Mines Resort.

G-Dragon BigBang GDA

Sehingga saat ini, tiket bagi zon Rock Pit berharga RM688 sudah habis terjual dan hanya tinggal tiket RM999 (Samsung GALAXY) serta RM199 (zon Hallyu).

Budiey tercari-cari juga peluang untuk mendapatkan media pass bagi menghadiri dan buat liputan acara ini. Tapi malangnya, media pass agak susah nak dapatkan memandangkan media pass sangat terhad. Maklumlah beratus media seluruh dunia mahu buat liputan acara gempak ini. Seperti Mnet Asia Music Awards yang berlangsung Disember lalu, GDA juga menjadi tumpuan media seluruh dunia lantaran gelombang K-Pop dikatakan sangat berpengaruh ketika ini.

Namun, Budiey diberitahu, ada satu peluang untuk anda mendapatkan tiket bagi menghadiri GDA iaitu menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Cornetto dengan melayari laman Facebook Cornetto Love: https://www.facebook.com/iluvcornetto

Sila LIKE Facebook I Love Cornetto ni ya. Itu yang penting!

Apa yang anda perlu buat ialah anda hanya perlu mengikut langkah mudah yang tertera di Facebook Cornetto ini.

Langkah 1:
Cipta slogan dan postkan di ruang status Faceebook anda dan jangan lupa tag Fanpage Cornetto Love.

“Dear Cornetto Malaysia, please send me and a friend to the 27th Golden Disk Awards because…”

Langkah 2:
Emelkan permalink status post anda itu kepada [email protected] beserta nama penuh, kad pengenalan dan nombor telefon.

Langkah 3:

Tunggu keputusan peraduan ini.

Entry yang paling kreatif akan menerima sepasang tiket VIP bernilai RM999 beserta dengan Backstage Access. Sementara tujuh penyertaan kreatif yang lain akan mendapat sepasang tiket Rock Pit bernilai RM799.

Jika anda berminat, cepat hantar penyertaan sebab tarikh tutupnya adalah hari ini iaitu Sabtu jam 11.59 tengah malam ini.

samsung-golden-disk-awards

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Anuar Zain Jadi Tetamu di Wanita Hari Ini TV3

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Litup Sempena Hari Lahir Ke-34