in ,

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Litup Sempena Hari Lahir Ke-34

[dropcap]S[/dropcap]ebelum meneruskan penulisan di entri ini, Budiey ingin mengucapkan selamat hari jadi buat penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza yang telah menyambut hari jadinya semalam. Ucapan Budiey, semoga Siti Nurhaliza terus sukses, berjaya dalam karier nyanyi dan bahagia dalam kehidupannya. Walaupun dah kasi ucapan kat Twitter, Budiey nak jugak ucap kat blog nih.

Berita baik untuk peminat yang nak sangat tengok Siti dengan imej bertudung. Haaa, dengarnya Siti Nurhaliza dah mulai memakai tudung litup sempena ulangtahunnya yang ke-34 ini. Tahniah! Mesti lebih comel dan manis apabila bertudung ni kan? Orang kata, nampak lagi muda dan fresh.

[pullquote align=”right”]Happy Birthday to u, Siti Nurhaliza. Semoga sukses dalam karier dan bahagia sepanjang kehidupan.[/pullquote]

Yang pasti, sambutan kali ini sangat berbeza sebab suaminya, Datuk Seri Khalid masih dirawat selepas terlibat dalam kemalangan di Queensland, New Zealand pada pertengahan Disember lalu. Budiey harap Siti bersabar dan bertabah menerima segala dugaan ini.

Menurut Siti Nurhaliza, sempena usianya dah cecah 34 tahun ini, dia mengharapkan hari yang dilalui lebih baik dan mematangkan dirinya. Semoga Tuhan memberikan saat-saat gembira, bahagia dan tenang selalu. Siti juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan selamat hari jadi di Twitter dan Facebook. Terbukti, Budiey tengok setengah jam sebelum tarikh 11 Januari, hashtag #HappyBirthdaySitiNurhaliza jadi trending di Twitter. Tahniah! Ini semua dengarnya dikempen hebat oleh grup kelab peminat setia Siti Nurhaliza iaitu Sitizoners.

Sepanjang hari semalam sehinggalah ke tengah malam dan hari ini, ada yang masih mengucap #HappyBirthdaySitiNurhaliza di Twitter. Budiey ada melihat beberapa foto Siti Nurhaliza di akaun Instagram miliknya menunjukkan beliau dengan gaya bertudung litup ala hijabster Hana Tajima. Pengurus Siti iaitu Kak Rozi SangDewi juga ada post beberapa gambar Siti Nurhaliza pakai tudung.

Kenyataan ini disokong oleh status Asyraf Khalid di Twitter beliau.

Asyraf Khalid Twitter

Majlis makan malam amal Fareeda Tahajjud Cinta Bersama Dato’ Siti Nurhaliza terpaksa ditunda

Selain itu, semalam juga, Budiey ada menerima satu emel berkenaan dengan penundaan majlis makan malam amal Fareeda Mempersembahkan Malam Amal Tahajjud Cinta Bersama Dato’ Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 30 Januari 2013 jam 8 malam di Grand Hyatt Kuala Lumpur, akan ditunda kepada 3 April 2013 pada waktu dan lokasi yang sama.

Pindaan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Siti Nurhaliza Ke-34. Kredit foto dari Facebook Rozi SangDewi

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Siti Nurhaliza Hari Jadi Ke 34

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket VIP & Backstage Pass di Golden Disk Awards ke 27

Baby Shima Kini Jadi Artis Terbaru KRU Music