in ,

Gambar Anuar Zain Jadi Tetamu di Wanita Hari Ini TV3

Pada 9 Januari yang lalu, penyanyi pujaan ramai Anuar Zain telah bertandang ke Sri Pentas, Bandar Utama sekali lagi untuk mempromosikan dan mewar-warkan kepada orang ramai tentang Konsert Anuar Zain 3 Dekad yang dah makin hari semakin hampir.

[dropcap]K[/dropcap]alau hari tu, Anuar Zain dah bertamu di Nasi Lemak Kopi O di TV9 namun kali ini penyanyi bersuara lantang ini menjadi tetamu di Wanita Hari Ini bersama dengan penyanyi Isma AF7.

[pullquote align=”right”]Anuar Zain diundang untuk bercakap tentang pengambilan vitamin dan juga kesan positif serta keburukannya.[/pullquote]

Anuar Zain nampaknya tak lokek untuk berkongsi rahsia dan tips kekal cergas, muda dan sihat dengan peminat khususnya penonton TV3. Anuar Zain mengakui ambil vitamin C dan B Kompleks utk kecergasan. Menurut beliau lagi, Fish oil juga bagus untuk kesihatan kulit.

Anuar Zain juga turut mengakhiri perbualan pada hari itu dengan mempromosikan tiket Konsert Anuar Zain 3 Dekad dan muzik video Ajari Aku disiarkan di akhir rancangan.

Budiey dapat tahu, Anuar Zain kini sedang memantapkan lagi mutu vokalnya dan menambahkan stamina beliau. Maklumlah nak menyanyi berpuluh-puluh lagu tanpa henti memang memerlukan kekuatan fizikal, vokal dan mental juga, betul tak?

Anda dah beli tiket untuk ke Konsert Anuar Zain 3 Dekad? Jom layari: www.ticketcharge.com.my

Anuar Zain Di Wanita Hari Ini

Anuar Zain Di Wanita Hari Ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Miss Chipao Malaysia 2013

Peraduan Menangi Tiket VIP & Backstage Pass di Golden Disk Awards ke 27