in ,

Peraduan Menangi Album Alexa di Era FM

Lima orang anak muda yang secara individual sudah memiliki pengalaman bermuzik; JMono (Bass), Jar (Drums), Rizki (Gitar/Backing Vocal), Aqi (Vokal) dan Satrio (Gitar/ Backing Vocal), kini bergabung di dalam sebuah band bernama ALEXA. Pada bulan Mac 2008 ini, mereka telah mengeluarkan sebuah album berjudul sendiri, ALEXA, yang merangkumi 10 lagu di dalamnya, termasuk single pertama Jangan Pernah Pergi. 

ALEXA, yang ditubuhkan pada September 2007, merupakan perwujudan cita-cita dari lima orang ahlinya, yang sebelum ini pernah menjadi salah seorang ahli band-band dengan aliran muzik yang berbeza, untuk membentuk sebuah band beraliran alternative rock. Nama ALEXA terpilih sebagai nama band ini. Mereka punya alasan yang cukup unik sehingga akhirnya memilih nama yang sangat feminin. Nama ALEXA sendiri berasal dari bahasa Yunani yang bererti pembela kaum lelaki.  

Kelima anak muda ini kemudian sepakat untuk membawakan muzik yang menjadi ??basic?? dari muzik-muzik yang dibawakan oleh band-band idola mereka, di antaranya Green Day dan Nirvana. Sepuluh lagu yang termuat di album ALEXA, ditambah sebuah hidden track, merupakan hasil implementasi dari konsep muzik mereka.   

Lagu lain yang cukup mencuri perhatian adalah track pertama di album ini yang berjudul ‘Kau Khianati’. Dengan muziknya yang up-beat dan catchy, lagu ini sangat tepat ditempatkan sebagai pembuka album. Lagu ini juga diunggulkan oleh ALEXA untuk terpilih sebagai single kerana dianggap sangat menggambarkan ALEXA. Lagu pilihan lain adalah ‘Tak Kan Pernah Bisa’, yang mewakili sisi mellow dari band ini. Album ALEXA membuka jalan untuk mewujudkan visi mereka dalam bermuzik.  

Minggu ini, tiga kali sehari, anda dan seorang teman berpeluang mendapatkan 4 pas eksklusif untuk menonton Alexa secara live di Zouk, Kuala Lumpur. Cara memenanginya cukup mudah! Jadilah pemanggil ke-10 yang berjaya melepasi talian setelah anda mendengar sedutan lagu Alexa, ‘Jangan Kau Lepas’ keudara!

Layari: www.era.fm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wawancara Dengan Bunga Citra Lestari Dewi Dalam Saus Kacang

Keputusan Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Parti 24 hingga 28 Mac 2009