in

Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza

Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

Ingin memenangi album terbaru 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza? Budiey ingin memberikan 10 keping album CD ini kepada korang semua. Sertailah peraduan anjuran Warner Music ini!

Budiey ingin mencari:
2 orang pemenang yang memenangi goodie bag dan album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza
8 orang pemenang saguhati yang memenangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza setiap seorang

Terima kasih kepada Warner Music kerana sudi menaja hadiah.

Anda hanya perlu menjawab 2 soalan mudah & mencipta serangkap pantun (4 kerat) dengan kreatif mengenai Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza

Soalan 1:
Berapa buah lagu yang dinyanyikan oleh Kris Dayanti di dalam album 2 Diva?

Soalan 2:
Berapakah harga album 2 Diva ini di pasaran?

Cipta Pantun:
Cipta serangkap pantun yang PALING kreatif mengenai album ini. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada pantun PALING KREATIF.

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
15 Disember 2008

Tajuk Email: Peraduan Album 2 Diva – Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

[tags]siti nurhaliza, kris dayanti, Contest, Peraduan, Album, Gambar[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fesyen Habaya Rekaan Zery Zamry

Erin Malek, Sheila Mambo, Addy Ashraf Dalam Drama Cerita Adam Aidiladha