in ,

Erin Malek, Sheila Mambo, Addy Ashraf Dalam Drama Cerita Adam Aidiladha

TELEMOVIE KHAS AIDILADHA “CERITA ADAM” TERBITAN UNIT DRAMA TV, RTM PADA 08 DISEMBER 2008 DI RTM1

Di sebalik sambutan perayaan Aidiladha atau Hari Raya Korban yang disambut seluruh umat Islam pada 8 Disember ini sebenarnya tersembunyi pelbagai hikmah termasuklah sebagai menandakan kesyukuran, mendidik jiwa bertimbang rasa, merapatkan hubungan silaturrahim selain memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

3076555114 0B98C2185B | 4
 
Justeru Radio televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama sarat pengertian pengorbanan seorang remaja dalam meniti cabaran hidup yang serba mencabar terutama setelah kematian ayahnya. Apatahlagi kehidupan sehariannya di kelilingi teman-teman sebaya yang bergelut dengan gaya hidup yang tiada haluan.

Menariknya, drama Cerita Adam sebuah adaptasi novel remaja karya Baharudddin Kahar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang diarahkan dan diterbitkan oleh Mohd Zamani Ibrahim ini berlatarkan kehidupan zaman 70 an yang berlaku di sekitar Tapah dan Ipoh.

Cerita Adam, drama khas sempena Hari Raya Aidiladha disiarkan pada 08 Disember 2008 (Isnin), jam 3.05 petang menerusi RTM1.

Cerita Adam terbitan Unit Drama TV, RTM ini membawa penonton menghayati kisah seorang remaja bernama Adam (Chomatt Samad) yang berhadapan dengan pelbagai dilema dan masalah kehidupan sebagai remaja. 

3076588476 D137F58430 O | 5

Dia dan ibunya, Kasmah (Sherie Merlis) terpaksa berpindah dari kampung bapanya dari Tapah ke Ipoh selepas kematian bapanya, Surip (Sahronizam Noor), setelah lombong tempat bapanya bekerja runtuh. 

Di Ipoh, Adam dan ibunya tinggal bersama Makcik Juni (Sheila Mambo), teman lama ibunya di Kampung Setinggan Seri Mat Jenin.  Di kampung itu juga Adam berkenalan dengan Fatimah (Erin Malek) dan Rahmat (Addy Ashraf) yang merupakan teman di sekolah baharunya, Sekolah Anderson. 

3076560454 46777956Ac O | 6

Tetapi di sekolah itu, Adam berhadapan dengan Bakar (Hisyamudin Ahmad), Jain (Iswazir Ismail), Cheong Beng (Xavier Fong) yang merupakan kumpulan samseng di sekolah itu yang tidak menyenangi keakraban Adam dengan Fatimah. 

Di Ipoh, Kasmah kembali menyanyi di kelab malam untuk mencari rezeki dan di situ dia juga berhadapan dengan pelbagai masalah.  Akibat terbiar semasa Kasmah menyanyi di kelab malam, Adam sering keluar rumah dan akhirnya berkawan dengan budak-budak gelandangan iaitu Jalil (Nas T), Piro (Azmi Bahron), Andy (Aurangzeb Khan) dan Limin (Faiz Kamal).  Melalui Andy, Adam berkenalan pula dengan Pakcik Thomas (Gandii Nathen), bekas pemuzik yang sudah tua dan melarat. 

Satu hari Adam telah diperangkap oleh Bakar dan kumpulannya apabila dituduh mencuri pen.  Akibatnya Adam bergaduh di sekolah dan kemudian lari dari sekolah.  Kehidupan Adam sebagai budak gelandangan menyebabkan dia berdepan dengan konflik dam masalah baru.  Dia sudah mula berkawan dengan kumpulan samseng hingga membawa kepada pergaduhan kumpulan.  Kemuncak konflik Adam adalah apabila dia berselisih faham dengan ibunya dan Adam lari dari rumah.
 
Lalu bagaimanakah kesudahan hidup Adam? Masihkah ada ruang untuknya kembali meneruskan kehidupan di samping ibunya semula?

Untuk itu usah lepaskan peluang menonton Cerita Adam, drama khas sempena Hari Raya Aidiladha disiarkan pada 08 Disember 2008 (Isnin), jam 3.05 petang menerusi RTM1.

3076556516 5Aa62Af045 | 7

3076557702 7340388B2E | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza Dalam Drama Spa Q 2