in ,

Peraduan Menang Tiket Konsert Marcell ONCE IN A LIFETIME

Penyanyi dari Indonesia, Marcell Siahaan bakal mempersembahkan 40 buah rangkaian lagu-lagu dari vokal mantap beliau di sebuah konsert istimewa yang diberi nama ONCE IN A LIFETIME pada 23 September 2017 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) jam 8.00 malam.

Konsert itu juga sempena meraikan ulang tahun Marcell yang ke-40 dan meraikan ulang tahun ke-15 pembabitan Marcell dalam dunia nyanyian. Mengulas mengenai persiapan konsert itu dan pemilihan nama konsert, bapa kepada tiga anak itu mempunyai ceritanya tersendiri.

Marcell

Hadir ke ibu kota baru-baru ini bagi mempromosikan konsert berkenaan, ternyata penyanyi yang dikatakan pendiam ini, galak berbicara dan berkongsi cerita.

“Saya memilih Kuala Lumpur kerana berasakan diri ada ikatan batin dengan negara ini kerana pelbagai perkara dan mungkin juga kerana bahasa yang hampir sama.

“Selain itu, saya juga berasa seperti terlewat dan ‘berhutang’ dengan peminat di sini. Oleh itu, konsert ini adalah sebagai janji melunaskan ‘hutang’ yang tertunggak.”

Memilih judul ONCE IN A LIFETIME untuk tema konsertnya itu, Marcell berkata, bukanlah kerana dia mahu bersara atau beralih kerjaya sebaliknya pemilihan itu ada dua sebab.

“Dua sebab mengapa saya memilih tema itu kerana ia sempena meraikan 40 tahun usia dan 15 tahun sebagai penyanyi.

“Kalau sebagai pemuzik rasanya sudah lebih 25 tahun saya mendalaminya.

“Pemilihan mengadakan konsert pada usia 40 tahun juga kerana beranggapan ia adalah permulaan untuk saya melakukan pelbagai perkara.”

Belum berhasrat mengadakan konsert di negara lain, Marcell berkata, Kuala Lumpur adalah tempat yang strategik untuk dia mengumpulkan seluruh peminatnya dari negara Asia seperti Singapura dan Brunei.

Malah, pada konsert itu nanti, Marcell bercadang mengundang beberapa artis yang pernah menjadi rakan duetnya sebelum ini.


Konsert yang dianjurkan beliau sendiri dengan kerjasama Empire Live, VMC Music Indonesia dan Oleg Sabchabakhtiar dari Planet Design Indonesia itu akan menyaksikan Marcell menyanyikan 40 lagu, termasuk secara medley.

Persembahan artis yang terkenal dengan lagu Semusim ini akan diiringi oleh 14 pemuzik di bawah pimpinan Rishanda Singgih selaku Pengarah Muzik.

Tiket berharga RM99 hingga RM2,099 kini boleh didapati menerusi laman sesawang www.goersapp.com, kiostix.com, airasiaredtix.com dan tiket.com.

Marcell

Peraduan Menang Konsert Marcell ONCE IN A LIFETIME

[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat Marcell khususnya.

Budiey ada 10 tiket untuk pembaca Budiey.com dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Oleh kerana tiket terlalu terhad, seorang pemenang akan menerima sekeping tiket sahaja. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Konsert Marcell ONCE IN A LIFETIME di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom

3. Rakam video anda menyanyi salah sebuah lagu Marcell, cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Rakam video anda menyanyikan salah sebuah lagu Marcell selama 1 minit di Instagram. Bonus jika anda menggunakan aplikasi Smule. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertMarcellOnceInALifeTime. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu ke #KonsertMarcellOnceInALifeTime bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertMarcellOnceInALifeTime. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #KonsertMarcellOnceInALifeTime bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:

Saya mahu ke Konsert Marcell ONCE IN A LIFETIMEE kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Konsert Marcell ONCE IN A LIFETIME

Tarikh tutup peraduan:

22 September 2017

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada penganjur konsert ini kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tarik Jeans NUSA BENCANA MONSOON 2017/2018 Gegarkan Runaway KLFW2017

Quill City Mall KL Lancar Kempen RASA SAYANG Sempena Sambutan Merdeka