in

Mini Kemuncak Suria FM Penang & Perak Meriah

Mini Kemuncak Suria FM meriah dengan kehadiran dua penyanyi ‘otai’

Sangat mengasyikkan dan meriah apabila dua ‘otai’ ini digabungkan dalam satu persembahan. Jarang sekali kita lihat mereka bergabung dan ia merupakan satu kejaiban apabila kedua-dua otai ini dengan rela hati ingin bersama-sama naik ke atas pentas dan bernyanyi bersama-sama. Zamani dari Kumpulan Slam dan Joey dari Kumpulan BPR merupakan antara artis yang turut sama memeriahkan ‘Mini Kemuncak Suria FM’ yang telah diadakan di Utara iaitu di Pulau Pinang dan Perak.

Dua otai bergabung… meletop… Argh!

‘Mini Kemuncak Suria FM’ (MKS) merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk mempromosikan Konsert Kemuncak Suria FM 2010 yang bakal berlangsung pada 24 Julai 2010 bertempat di Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya.

Selain membawakan persembahan dari artis yang terlibat untuk Konsert Kemuncak Suria FM 2010 itu nanti, MKS juga turut memberikan tiket ‘mosh pit’ iaitu tiket hadapan pentas yang mana ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat artis pujaan mereka dengan lebih dekat lagi.

Kehadiran Zamani Slam sempena MKS membuatkan keadaan menjadi semakin meriah dan ramai yang datang untuk berjumpa dan bergambar dengannya. Suara merdunya tetap sama seperti dahulu dan ramai yang ikut nyanyi bersama ketika beliau mendendangkan lagu Nur Kasih serta Gerimis Mengundang. Ternyata penangan Zamani masih lagi berbekas di hati peminat-peminat beliau! Tak kurang hebatnya dengan Joey BPR. Semua yang hadir sangat meminati lagu-lagu dari Kumpulan BPR itu.

Walaupun hampir mencecah usia 20 tahun, namun masih ramai yang ingat dan hafal lagu ‘Dari Sinar Mata’ dan ‘ Harum Subur Di Hati’ dendangan Joey BPR. Sememangnya lagu-lagu seperti itu menjadi pilihan dan mendapat permintaan yang tinggi.

Pada 10 & 11 Julai nanti, Johor Bahru, Kluang dan Batu Pahat menjadi destinasi pilihan. Suria FM akan mengadakan MKS di Utara Malaysia pula. Kali ini, lebih ramai artis yang dibawa seperti Zamani Slam, Jinbara, Alyah dan One Nation Emcees.

Walaupun baru beroperasi selama 3 tahun, Suria FM tidak takut untuk mengadakan “ Konsert Kemuncak Suria FM 2010” yang mengumpulkan seramai 17 artis tanah air dengan mengetengahkan konsep 90-an vs Terbaru. Inilah kelainan yang cuba ditonjolkan oleh Suria FM selain salah satu cara bagi menghargai pendengar-pendengar setia Suria FM! Terima kasih dan teruskan menyokong Suria FM!

DJ Bob Ringgo

DJ Myra

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Private Whizz Lancar Album Kepong Garden Setiawangsa City

Peraduan Konsert Kemuncak Suria FM 2010 – Sensasi Selebriti