in ,

Peraduan Jemputan Ke MTV World Stage 2013

Salam pembaca setia budiey.com sekalian,

Budiey ingin memberikan 10 keping tiket & 5 keping poster khusus istimewa buat pembaca Sensasi Selebriti untuk menghadiri MTV World Stage Live In Malaysia 2013 di  Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor! anjuran MTV yang akan berlangsung pada hari Ahad, 8 September 2013 bermula jam 8 malam. Saksikan persembahan hebat dari Robin Thicke, Far East Movement, Exo dan Joe Flizzow.

Terima kasih banyak-banyak kepada MTV Asia yang sudi memberikan tiket ini kepada pembaca budiey.com.

Peraduan Jemputan Ke MTV World Stage 2013

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri post ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

3. Sila LIKE Fanpage Rasmi MTV Asia: www.facebook.com/mtvasia & Facebook Budiey Dot Com: www.facebook.com/budiey.com

2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #WorldStageMy. Tweetkan slogan PALING KREATIF anda tidak lebih dari 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #WorldStageMy bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan di bawah ini:

Soalan 1:
1. Berapakah bilangan ahli kumpulan EXO?

Soalan 2:
2. Siapakah pemenang MTV WORLD STAGE INSIDER?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke #WorldStageMy bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Jemputan Ke MTV World Stage 2013

Tarikh tutup peraduan:
5 Septembar 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email & Twitter.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada MTV Asia kerana sudi memberi tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Peraduan Jemputan Ke MTV World Stage 2013

15,000 peminat dijangka saksi konsert MTV World 2013

Konsert MTV World Stage Live in Malaysia 2013, tahun ini dijangka menarik sekurang-kurangnya 15,000 peminat di Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor, pada hari Ahad, 8 September 2013 bermula jam 8 malam. Persembahan selama dua jam oleh barisan artis popular antarabangsa itu akan dapat disaksikan oleh 550 juta isi rumah apabila disiarkan di 154 negara.

Konsert tersebut adalah kali ke-4 diadakan di Malaysia. Tiket untuk menghadiri konsert ini boleh diperolehi dalam talian menerusi laman web MTV, Sunway Pyramid, Celcom, rakan penaja serta jaringan media yang terlibat.

Setakat ini, MTV hanya mengumumkan empat nama artis yang akan membuat persembahan iaitu Robin Thicke, Far East Movement, Exo dan Joe Flizzow.

EXO Bakal Gegarkan MTV World Stage Live In Malaysia 2013

EXO

Robin Thicke

Robin Thicke

Far-East-Movement

Far East Movement

Joe Flizzow

Joe Flizzow

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Selebriti Bizz Papar Tips Jadi Selebriti Usahawan Berjaya

Hot FM AM Krew Bagi Nasi Lemak & Jalur Gemilang