in ,

Hot FM AM Krew Bagi Nasi Lemak & Jalur Gemilang

[dropcap]Y[/dropcap]a, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan sambut ulangtahun kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Budiey pun memang tak sabar nak sambut sebab tahun ini sambutannya sangat berbeza. Budiey lihat macam-macam kempen dan gaya sambutan yang dibuat melibatkan ramai selebriti dan juga penyampai radio juga turut tak mahu ketinggalan terlibat sama untuk menyemarakkan hari kemerdekaan kita.

Ya sudah 56 tahun kita merdeka, Malaysia bebas dari penjajahan kuasa asing dan melalui transformasi yang cukup impresif di mata dunia. Inilah hasil usaha keras datuk serta nenek moyang terdahulu telah membuahkan satu kelapangan rakyat Malaysia dalam bersuara serta demokrasi dalam mencapai keharmonian yang dinikmati kini.

HOt FM

[pullquote align=”right”]NASI LEMAK dan JALUR GEMILANG dari Hot FM AM KREW kepada rakyat Malaysia! Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku![/pullquote]

Mungkin apa yang termampu dilakukan oleh Hot FM untuk meraikan hari kemerdekaan Malaysia ke 56 ini tidak seberapa, namun diharapkan dapat membawa kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama menoleh ke belakang seketika untuk merenung atas kepayahan yang dilalui mereka untuk melihat bendera kebanggaan negara berkibar megah.

Sejurus itu, Hot FM AM Krew yang menampilkan Fara Fauzana, AG akan mengedarkan nasi lemak serta bendera Malaysia kepada rakyat Malaysia di lokasi terpilih dengan tujuan menaikkan semangat patriotik cinta negara. Pemilihan nasi lemak dilihat bersesuaian kerana ianya sinonim sebagai makanan pilihan sarapan pagi manakala pengagihan Jalur Gemilang mini diharapkan dapat menaikkan lagi semangat patriotisme rakyat kepada Negara.

Fara dan AG kemudiannya akan membuat liputan secara langsung dari lokasi ke konti Hot FM yang dikendalikan oleh Faizal Ismail.

Nantikan kelibat mereka di persekitaran Damansara serta kotaraya Kuala Lumpur dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi pada 30 Ogos 2013 untuk mendapatkan nasi lemak dan Jalur Gemilang secara percuma. Untuk lokasi yang lebih tepat, dengarkan Hot FM!

Facebook/Instagram/Twitter : hotfm976
Aplikasi LINE : hotfm976

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jemputan Ke MTV World Stage 2013

Kotak Bakal Perform di Achilles Formula Drift Malaysia 2013