in , ,

Peraduan Tayangan Filem I STILL SEE YOU

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem I STILL SEE YOU di TGV Cinemas Jaya Shopping Centre pada 30 October 2018 (Hari Selasa). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem thriller, misteri dan horror berjudul I STILL SEE YOU. Filem ini dilakonkan oleh Bella Thorne, Thomas Elms, Delmot Mulroney, Richard Harmon.

Filem yang diarahkan oleh Scott Speer ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 November 2018.

Peraduan Filem

Bagaimana jika berlakunya kejadian tragis yang telah menghilangkan insan yang anda cintai tetapi tapi dalam masa yang sama meninggalkan sebagian dari mereka di belakang, membuat seluruh dunia menjadi rumah hantu? Di dunia di mana orang mati dapat berjalan di antara yang hidup, tapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Itulah inti cerita dari filem I STILL SEE YOU.

Apakah kesudahannya, korang kena tonton di pawagam ya.

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan aksi thriller ini di TGV Cinemas Jaya Shopping Centre pada 30 Oktober 2018 (Hari Selasa).

Peraduan Filem

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 1 November 2018, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer I STILL SEE YOU yang telah diriliskan di Youtube.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Peraduan Tayangan Premiere Filem I STILL SEE YOU

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
30 Oktober 2018 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
8.45 malam

Tempat:
TGV Cinemas Jaya Shopping Centre

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere I STILL SEE YOU – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #IStillSeeYou

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #IStillSeeYou kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem I STILL SEE YOU

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan I STILL SEE YOU – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem I STILL SEE YOU

Tarikh tutup peraduan:

15 Oktober 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 1 November 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil Ahmad Menang Hos Hiburan Terbaik ASIAN ACADEMY CREATIVE AWARDS

Penampilan Masya Masyitah Perform Lagu HALIMUNAN Dikecam