in , ,

Nabil Ahmad Menang Hos Hiburan Terbaik ASIAN ACADEMY CREATIVE AWARDS

Walaupun dikritik perihal cara penyampaian semasa menjadi hos di program kegemaran ramai GEGAR VAGANZA, Nabil seharusnya berbangga kerana mendapat pilihan juri untuk menjulang trofi Penyampai & Hos Hiburan Terbaik di ASIAN ACADEMY CREATIVE AWARDS. Tahniah Nabil!

Astro sekali lagi meletakkan nama Malaysia di pentas dunia apabila merangkul 21 anugerah dari 49 kategori secara keseluruhan di majlis penganugerahan berprestij peringkat Asia, ‘Asian Academy Creative Awards (AAA)’. Tahniah buat Astro!

ASTRO CATAT KEMENANGAN BESAR DI ‘ASIAN ACADEMY CREATIVE AWARDS (AAA)’

Kemenangan tersebut telah diumumkan di pameran dan pasaran kandungan & kreatif global terbesar dunia, MIPCOM, di Cannes, Perancis pada Isnin, 15 Oktober 2018.

Untitled

Siri mini Nusantara premium eksklusif ‘Astro’s Original Series’ berjudul DO[S]A yang menggandingkan tiga buah negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura, berjaya membawa pulang 3 anugerah utama; ‘Sinematografi Terbaik (Yadi Sugandi)’, ‘Suntingan Terbaik (Andhy Pulung)’ dan ‘Pelakon Pembantu Lelaki Rerbaik (Remy Ishak)’.

Nabil Ahmad Bersyukur Terima Anugerah

Menurut laporan dari Harian Metro, Ahmad Nabil Ahmad berkata, pengiktirafan itu adalah pencapaian tertinggi diterima sepanjang 10 tahun berada dalam dunia hiburan tempatan.

“Sejujurnya, saya baru tahu mengenai perkara ini daripada Instagram Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi) dan Kak Z. Malah, saya pun baru tahu adanya anugerah ini di peringkat Asia. Jadi, apabila diberitahu menang saya memang terkejut dan tidak menjangka.

“Sebelum ini saya menang kategori pilihan peminat dalam negara saja. Tidak pernah terfikir akan pergi sejauh ini apatah lagi untuk dinobatkan sebagai yang terbaik di peringkat Asia.

“Saya besyukur dengan kejayaan diterima apatah lagi tahun ini genap 10 tahun saya berada dalam industri. Ia satu rahmat dan nikmat atas usaha dan kerja keras selama ini.”

Menurut Nabil, kejayaannya itu sekali gus mengharumkan nama negara yang mewakili cabang pengacaraan.

Malah, Nabil juga ingin dedikasikan anugerah diterima kepada semua pihak yang banyak memberi tunjuk ajar dan bekerjasama dengannya selama ini.

“Orang kata, kalau kita buat kerja ikhlas akan dapat juga balasan. Alhamdulillah, ini rezeki daripada Allah yang tidak pernah dijangka sama sekali. Tahu-tahu saja saya menang.

“Terima kasih kepada keluarga, isteri dan anak yang sentiasa memberi sokongan selain memahami tuntutan kerja saya. Tidak dilupakan kepada semua pihak yang banyak berjasa sepanjang 10 tahun ini.

“Ini kemenangan bersama dengan pengacara hiburan lain. InsyaAllah saya akan sentiasa cuba berikan yang terbaik.”

Asian Academy Creative Awards diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan dan meraikan kejayaan mereka yang terbabit secara langsung dalam industri kreatif terutamanya di segmen kandungan dan produksi media.

Anugerah itu mempertandingkan 49 kategori membabitkan penyertaan dari 20 negara Asia.

AAA meraikan kecemerlangan daripada aspek teknikal merentasi platform yang pelbagai, daripada televisyen ke digital, penstriman muzik atau video di atas talian (online) dan mengiktiraf evolusi teknologi yang kian pesat berlangsung di seluruh dunia.

Rangkul 21 Anugerah Dari 49 Kategori Di Majlis Penganugerahan Berprestij Peringkat Asia

Dalam pada itu, saluran berita 24 jam nombor satu Malaysia, Astro AWANI diumum sebagai pemenang dalam dua kategori, ‘Program Berita Terbaik (Malaysia Memilih – 9 & 10 Mei)’ dan ‘Penyampai Berita Terbaik (Kamarul Bahrin Haron)’.

Filem televisyen eksklusif (FTV) Astro Citra, ‘Luar Biasa’, yang diinspirasikan dari kisah benar pemenang pingat emas Paralimpik, Mohamad Ridzuan Puzi @ Dek Wan diumum sebagai pemenang bagi kategori ‘Pelakon Layar Terbaik’ (Anwar Idris).

Nabil Ahmad - Pemenang Pengacara Hiburan Terbaik

Pengacara, pelakon dan pengarah versatil, Nabil Ahmad, dinobat sebagai ‘Penyampai / Hos Terbaik’ menerusi program Gegar Vaganza Musim 4. ‘Meja Bulat Sepahtu’ yang menampilkan kumpulan komedi tersohor negara, Sepahtu, membawa pulang anugerah bagi kategori ‘Program Hiburan Terbaik’ (Astro Prima).

Produksi Dosa

Menerusi kemenangan yang dilakarkan ini, Astro akan mewakili Malaysia di kategori-kategori yang dipertandingkan, menentang barisan pemenang dari 15 buah negara lain bagi merebut trofi emas AAA di Malam Anugerah Gala Akhir yang akan diadakan di Singapura pada 6 dan 7 Disember 2018 kelak.

‘Asian Academy Creative Awards’ diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan dan meraikan kejayaan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri kreatif terutamanya di segmen kandungan dan produksi media.

‘AAA’ meraikan kecemerlangan dari aspek teknikal merentasi platform yang pelbagai, dari televisyen ke digital, penstriman muzik / video di atas talian (online) dan mengiktiraf evolusi teknologi yang kian pesat berlangsung di seluruh dunia.

Berikut merupakan senarai anugerah yang dimenangi Astro di kategori-kategori yang dipertandingkan di ‘Asian Academy Creative Awards’

Promo atau Trailer Terbaik
‘Vallavar 2017’ oleh Astro Production

Lagu Tema Terbaik
‘Symphony of Love’ oleh Astro

Rancangan Kandungan Pendek Terbaik
‘May I Love You’ oleh MEASAT Broadcast Network Systems bagi Xuan

Program Gaya Hidup Terbaik
‘Hadith Open Mic (Musim 2)’ oleh Astro

Penyampai Berita Terbaik
‘Kamarul Bahrin Haron’ – Malaysia Memilih oleh Astro Awani

Laporan Berita Tunggal Terbaik
‘Penang Flood’ oleh MEASAT Broadcast Network Systems bagi 热点 Hotspot

Program Berita Terbaik
‘Malaysia Memilih (9 & 10 Mei)’ oleh Astro Awani

Siri Dokumentari Terbaik
‘Pray For – The Black and White Deity 大二爷伯信仰’ oleh Astro AEC

Program Dokumentari Terbaik (One-Off / Special)
‘The Black Hawk Down: Wira Keamanan’ oleh Astro Prima

Pelakon Layar Terbaik
‘Anwar Idris – Luar Biasa’ oleh Astro Citra

Suntingan Terbaik
‘Andhy Pulung – Do[s]a’ oleh Astro

Sinematografi Terbaik
‘Yadi Sugandi – Do[s]a’ oleh Astro

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
‘Yoke Chen – Where Got Money?’ oleh Astro AEC

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
‘Remy Ishak – Do[s]a’ oleh Astro

Program Hiburan Terbaik
‘Meja Bulat Sepahtu’ oleh Astro Prima

Penyampai / Hos Hiburan Terbaik
‘Nabil Ahmad – Gegar Vaganza (Musim 4)’ oleh Astro Ria

Pelakon Komedi Terbaik
‘Estee Tan Hsiao-Ling – Hua Hee Seko-lah S4’ oleh Astro Hua Hee Dai

Program Komedi Terbaik
‘Hua Hee Seko-lah S4’ oleh Astro Hua Hee Dai

Program Muzik / Tarian Terbaik
‘Hua Hee Champion 2017 Grand Final’ oleh Astro Hua Hee Dai

Program Kuiz Terbaik
‘Smart Wheel’ oleh Astro Production

Hiburan Terbaik (One-Off / Tahunan)
‘CNY Countdown Show 2018’ oleh Astro

Tahniah sekali lagi dari Budiey.com. Semoga dengan anugerah ini dapat memberikan suntikan semangat untuk semua buat yang terbaik lagi di masa akan datang!

Remy Ishak dan barisan pelakon Dosa di set

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Tugasan Konsert Minggu Ke-4 GEGAR VAGANZA 5

Peraduan Tayangan Filem I STILL SEE YOU