in ,

Penampilan Masya Masyitah Perform Lagu HALIMUNAN Dikecam

Baru-baru ini tular di susur masa sosial media tentang komen netizen tentang penampilan Masya Masyitah dalam program Hlive! ketika mempersembahkan lagu Halimunan, Khamis lalu.

Antara sebab ia menjadi trending adalah kerana disebabkan seluar yang dipakai Masya menampakkan bentuk kaki. Kalau tengok dengan mata kasar, seluar yang dipakai terlalu ketat. Gaya pemakaian sebegitu dianggap pelik dan tidak sesuai dengan imej wanita muslimah.

Untitled

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Masya di laman portal Harian Metro:

“Itu memang ‘style’ saya dan selalu pakai begitu. Mungkin disebabkan sudut kamera membuatkan penampilan saya nampak pelik terutama bahagian kaki.”

Pengguna akaun Facebook, Amal Tajuddin yang berkongsi gambar itu di ‘page’ Kelab Janda & Duda Terlajak Laris memuat naik status yang mempersoalkan adakah gaya pemakaian itu fesyen terbaru kaum Hawa hingga menyerlahkan bentuk kaki yang comel.

Untitled

Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu melatah atau menyalahkan pengguna laman sosial.

Katanya, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian bagi mengelak perkara sama berulang.

“Saya baru dapat tahu perkara ini tular kelmarin apabila dimaklumkan seorang rakan. Saya tengok pun tergelak sebab kelihatan pelik.

“Saya memang kecil dan kurus, tetapi tidaklah nampak ‘keding’ sangat seperti yang tersebar. Selama ini saya pakai gaya yang sama okey saja. Mungkin apabila dalam TV ia nampak lain.

“Namun, selepas ini saya akan berhati-hati dan memakai pakaian yang longgar sikit,”

Masya yang juga juara program Ceria Popstar 2 tidak mahu ambil pusing dengan apa yang diperkatakan.

Untitled

“Saya baca setiap komen yang ditulis. Memang teruk juga saya kena, tetapi saya diam saja kerana kalau dibalas, isu ini akan bertambah panjang.

“Bagi saya, ia bukan perkara serius dan tidak perlu diperbesarkan. Namun, ia tetap jadi pengajaran untuk saya selepas ini.”

Semoga ini menjadi pengajaran buat semua agar berhati-hati semasa mengenakan pakaian. Susah juga kalau nak ikutkan cakap netizen sebab mereka akan mengkritik pelbagai sudut. Semua benda tak betul walaupun artis tiada niat untuk tujuan yang negatif.

Rata-rata netizen yang mempertahankan Masya dan memintanya supaya lebih berhati-hati memilih gaya fesyen pada masa akan datang.

Sumber: Harian Metro

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Filem I STILL SEE YOU

Zulin Aziz | 18

Gambar Disalahguna, Zulin Aziz Mahu Saman