in , ,

Peraduan Hadiah & Wang Tunai Sempena Ulang Tahun ke-5 JOOX

High-five JOOX! JOOX meraikan ‘High5JOOX Celebration’ bersama peminat muzik tanah air dengan pemberian hadiah menarik dan wang tunai bernilai sehingga RM110,000 sempena Ulang Tahun ke-5 di Malaysia

Peminat muzik tanah air berpeluang merebut barangan menarik serta gajet terhangat, seperti iPad,  iPhone 11 Pro Max, Apple Watch Series 5, dan GoPro Hero 8 Black berserta hadiah wang tunai  RM20,000 sempena meraikan lima tahun muzik dan hiburan tanpa henti di JOOX.

Sempena meraikan tahun ke-5 sebagai platform muzik dan hiburan terbaik di negara ini, JOOX, sebuah platform muzik paling berdedikasi di Asia menyemarakkan lagi sambutan ini melalui High5JOOX Celebration dengan pemberian hadiah menarik seperti  gajet terkini dan wang tunai untuk pencinta muzik di Malaysia. 

Peraduan Hadiah & Wang Tunai Sempena Ulang Tahun ke-5 JOOX

Tawaran #1: High5JOOX Daily Check-In

Semua pengguna JOOX berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM110,000, seperti akses JOOX VIP dan wang tunai  RM500 sehinggalah  gajet terkini  dambaan ramai  seperti iPad, iPhone 11 Pro Max, Apple Watch Series 5, dan GoPro Hero 8 Black  dengan High5JOOX Daily Check-In

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan hadiah menarik ini?

Bermula dari 7 Julai hingga 2 Ogos,  log masuk ke JOOX untuk peluang merebut satu hadiah setiap hari! Jika anda ingin membawa pulang  gajet atau hadiah wang tunai,  log masuklah lebih daripada dua hari berturut turut untuk peluang lebih tinggi bagi mendapatkannya!

Wang tunai  sebanyak RM20,000 untuk dimenangi sempena Ulang Tahun ke-5.

Pengguna yang mendengarkan muzik paling lama di JOOX sepanjang tempoh kempen ini berpeluang untuk mendapatkan hadiah wang tunai sebanyak RM20,000!

Sama ada anda mengikuti rancangan K-Pop IDOL STATION yang dihasilkan secara ekslusif oleh JOOX,  projek muzik ‘crossover’ eksklusif JOOX ORIGINALS, program blockbuster Korea terbaharu I-LAND yang menampilkan raja menari K-Pop, Rain dan penyanyi rap Korea, Zico, ataupun menonton siaran langsung dan berkaraoke bersama keluarga dan rakan anda, hanya dengan satu klik sahaja maka JOOX akan menjadi pesta muzik dan hiburan peribadi harian anda!

Peraduan Hadiah & Wang Tunai Sempena Ulang Tahun ke-5 JOOX

Tawaran # 2: Promosi VIP High5JOOX

Sebagai penghargaan kepada peminat setianya, JOOX juga mengadakan 5th Anniversary Thankful Sale bermula dari hari ini sehingga 31 Julai, dimana ianya menawarkan dua pilihan menarik kepada pengguna:

# 1: JOOX menawarkan langganan bulanan serendah RM9.90 (harga asal: RM12.90)!

# 2:

• Beli VIP 1 bulan dan percuma VIP 1 bulan (2 bulan keseluruhan)

• Beli VIP 3 bulan dan percuma VIP 2 bulan (5 bulan keseluruhan)

Jangan tunggu lagi! Daftarlah sekarang: bit.ly/High5JOOX

Pelan JOOX VIP membolehkan pengguna menikmati lebih banyak keistimewaan daripada pengguna percuma . Pengguna VIP boleh memainkan kesemua lagu di JOOX tanpa iklan, menikmati muat turun tanpa had dan menerima Karaoke plus (K-Plus), yang membolehkan pengguna berkaraoke dan merakam tanpa had.

Peraduan Hadiah & Wang Tunai Sempena Ulang Tahun ke-5 JOOX

#Lebih Banyak Acara Akan Datang di JOOX 

JOOX juga akan memberikan lebih banyak hadiah sempena meraikan ulang tahunnya ini! Anda boleh menikmati konsert artis dalam talian dan juga mengundi artis dan lagu kegemaran anda tidak lama lagi, jadi nantikan berita terbaharu dari JOOX.

Pakailah kasut menari anda dan bersiap-siaplah untuk bergoyang dan berdansa bersama dengan bintang muzik terbaik dan paling hangat masa ini sempena meraikan lima tahun muzik berkualiti tinggi dan bertenagadari JOOX!

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

SANTAI URBAN Bersama Hana Ismail & Selebriti Pilihan

Taruhan Sulung Band Madam Menerusi Single LUKA