in , ,

Penyertaan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Istana Budaya di AIMF 2022

Seramai tujuh pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Istana Budaya yang menamakan kumpulan mereka sebagai Instamuzika akan menyertai Festival Muzik ASEAN India di Purana Qila selama 3 hari bermula 18 hingga 20 November.

Kumpulan Instamuzika yang terdiri daripada ketua kumpulan Yazid Zakaria, Leyzam Ali, Leslie Anak Eli, Shahwal, Fikri, Abdullah Omar (Bob) dan Dhiya selaku penyanyi akan membawa alat muzik tradisional tempatan seperti sape serta rebana dan memainkan 12 lagu termasuk Cindai yang dipopularkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Joget 106, Gurindam Jiwa, Laksamana Raja di Laut dan Te Geleng-Geleng.

Orkestra Tradisional Malaysia

Yazid Zakaria memaklumkan bahawa Instamuzika juga akan membuat persembahan di Univesiti Ashoka pada 17 November sebagai salah satu usaha menyemarakkan promosi kekayaan dan keaslian seni budaya Malaysia melalui aktiviti persembahan muzik.

Penyertaan Instamuzika dalam festival tersebut adalah melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bertujuan memberi lebih pendedahan kepada masyarakat antarabangsa terhadap alat-alat muzik tradisional yang mewakili kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia.

Orkestra Tradisional Malaysia

Festival Muzik ASEAN India 2022 adalah program kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar India dengan organisasi budaya Seher bersempena sambutan ulangtahun ke-30 hubungan diplomatik ASEAN – India.

Festival yang menampilkan 10 artis dari seluruh Asia Tenggara termasuk Instamuzika dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula 6:30 petang.

Instamuzika adalah kumpulan etnik fusion yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan kesemua pemuzik kumpulan tersebut boleh memainkan pelbagai instrumen muzik moden dan tradisional.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

cik man

Cik Man Jawab Isu Berhubung Simbol Huruf ‘t’ Pada Jersi Portugal 

Menjelang Persembahan 30 Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 di TV3