in , ,

Menjelang Persembahan 30 Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 di TV3

Program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu paling popular di Malaysia, Muzik Muzik kini telah memasuki musim ke-37. Debaran untuk mengetahui 30 buah lagu yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir menjadi teka-teki dalam kalangan pengkarya muzik dan peminat-peminat di tanah air.

Baru-baru ini, sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 telah berlangsung untuk mengumumkan senarai penuh 30 buah lagu menerusi persembahan istimewa oleh naib juara Terpaling Juara, Aqmal dan juga finalis Terpaling Juara iaitu Shaz dan Aqeesh di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre. 

Separuh Akhir Muzik Muzik 37 akan dikendalikan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022  (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my 

_Ijy8782

Episod pertama separuh akhir Muzik Muzik akan membawakan tema genre muzik Rock & Roll dan episod kedua akan bertemakan genre Pop dan Pop Ethnic menerusi persembahan daripada artis-artis hebat Malaysia seperti Kristal X, Elyana, Ezlynn, Farahdhiya, Ramlah Ram dan Syura!

_X0A0405

Sidang produksi Separuh Akhir Muzik Muzik 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #SFMM37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Orkestra Tradisional Malaysia

Penyertaan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Istana Budaya di AIMF 2022

Nad Zainal Bertudung | 15

Ungku Ismail Melaporkan Nad Zainal Kini Berada Dalam Keadaan Kritikal