in

Penyanyi Rossa Berhijab Mahu Menanggalkan Tudung

Syukur, alhamdulilah. Sesudah 7 hari bercuti dan berlibur, Budiey telah kembali bekerja pada hari ini. Sangat nyaman setelah diberi ruang kerehatan gitu ya. Eh, cakap Indonesia la pulak. Okay, kita mulakan hari ini dengan satu berita dari Seberang.

[dropcap]P[/dropcap]enyanyi terkenal Indonesia, Rossa yang berazam untuk menutup aurat dengan memakai tudung selama 40 hari selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji berhasrat memanjangkan lagi niatnya itu.

Baguslah sebenarnya, kalau kekalkan imej bertudung sampai bila-bila okay jugak. Tapi tentunya memang tak dapat sebab Rossa terikat dengan kerja.

Budiey tengok, ramai pendapat yang mengatakan Rossa ni sangat manis dan ayu bila bertudung, korang setuju tak? Nampak comel je.

rossa bertudung berhijab

[pullquote align=”right”]Rossa juga kini tengah sibuk menjadi juri untuk program X Factor Indonesia.[/pullquote]

Rossa menerusi Twitternya juga turut mengumumkan bahawa dia akan menanggalkan tudung apabila tiba masa kernaa tuntutan kerja.

Semalam, Rossa telah hadir di Pelancaran album Masterpiece di Jakarta Selatan dan turut ditanya tentang isu menanggalkan tudung ini.

Portal inilah.com melaporkan, Rossa yang selesai menunaikan haji pada 2 November lalu dan tempoh ‘niatnya’ itu tamat pada Selasa mahu memanjangkan azamnya sehingga akhir Disember ini.

“Hari ini (Selasa) sudah cukup 40 hari. Sampai Disember ini (memakai tudung) Insya-Allah.”

Bagaimanapun kata Rossa, disebabkan kontrak yang sudah ditandatangani sebelum ini membuatkan dia terpaksa membuka tudung bagi persembahan tertentu.

Tambahnya, selain bertudung, penampilan ketara lain yang dapat dilihat ialah daripada segi corak berpakaian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sambutan Ulangtahun Pertama Celebrate TV

Gossip Rozita Che Wan Bertunang Dengan Shah Iskandar