in , ,

Gossip Rozita Che Wan Bertunang Dengan Shah Iskandar

Pelakon Rozita Che Wan tak putus-putus bikin berita panas dan Budiey akan sentiasa mengikuti perkembangan tentang Cik Ta walau ada yang jemu untuk membacanya. Ini kerana Cik Ta dianggap pelaris untuk majalah dan suratkhabar ketika ini. Jadi, kalau dah nama pelaris tu, menandakan ramai yang nak baca, kan?

[dropcap]D[/dropcap]alam beberapa bulan kebelakangan ini, Rozita tak habis-habis dikaitkan dengan gosip bercinta dengan lelaki muda yang kacak. Terkini aktres jelita itu dikatakan menjalin hubungan pula dengan pelakon yang semakin dikenali ramai, Shah Iskandar atau nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz sejak mereka digandingkan dalam dua telefilem.

Beberapa hari lepas, Budiey ada terbaca dalam akhbar Berita Harian, Cik Ta memberitahu dia dan pelakon kelahiran Singapura itu sebenarnya telah bertunang.

Shah Iskandar Bertunang Dengan Rozita

[pullquote align=”right”]Wow! Kerlas… tak kasi tau kita pun Cik Ta dah bertunang. Seronoknya Shah Iskandar kalau berita ini satu kebenaran.[/pullquote]

Tapi, realiti yang berlaku bukan begitu ya. Jangan salah sangka kerana apa yang diberitahu Cik Ta itu hanya selorohnya sahaja. Sebetulnya, Cik Ta menjadi tunang kepada Is hanya dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro Prima pada 25 Disember ini. Cik Ta berlakon sebagai Idora dan Shah Iskandar sebagai Syed. Teman rapat Cik Ta iaitu Zain Saidin pun turut berlakon sebagai Kamal yang menjadi ‘anak ikan’ kepada Idora.

[dropcap]B[/dropcap]agaimana pula status hubungan rapat Cik Ta dengan Zain dan Is? Jelas Cik Ta, “Kita orang berkawan baik atas tiket sebagai rakan sesama artis.”

Pelakon Shah Iskandar mengakui berasa selesa berdampingan dengan aktres Rozita Che Wan kerana sikap wanita itu yang ceria dan berfikiran positif.

“Cik Ta hanyalah kawan baik saya. Dia kelakar dan cepat mesra. Tak lebih dari seorang kawan je”

Menurut Shah, sikap mesra Rozita yang dikenali selepas mereka berlakon dalam dua telefilem iaitu Kiah Ke Jepun dan Anak Ikan serta drama bersiri Kiah Spy sekitar tiga bulan lalu menyenangkannya.

“Saya senang dengan sikap Rozita yang kelakar dan peramah. Dia menceriakan suasana ketika di lokasi penggambaran dengan kelucuan dan kemesraannya.

“Kebetulan pula, kami terlibat dalam tiga projek bersama, secara tidak langsung hubungan bertambah rapat.”

Terdahulu sebelum ini, Shah menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran bersama sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada aktor Zain Saidin.

Zain-Saidin-Dan-Rozita-Che-Wan

Diusik mengenai perkembangan hubungan itu, Shah berkata, keintiman mereka bagaimanapun hanya berlaku di lokasi penggambaran dan tidak berlanjutan sehingga ke luar.

“Memang kami rapat ketika bekerja di lokasi tetapi saya tidak terfikir sampai ke tahap untuk mengajak dia keluar. Setakat ini, kami tidak pernah keluar bersama. Apabila membincangkan mengenai gosip ini kami tergelak kerana nama saya pula sudah termasuk dalam senarai lelaki yang dikaitkan dengannya.”

Aktor yang berasal dari Singapura itu berkata, dia menghadapi gosip tersebut dengan tenang biarpun terus dihujani pelbagai persoalan mengenai cerita itu.

“Ini kali pertama saya terkena gosip begini dan kebetulan pula dengan Rozita.”Namun, saya tiada masalah dan tenang sahaja hadapinya walaupun rakan-rakan dan keluarga ada bertanya mengenai kesahihan gosip itu.”

Terbaru, Shah sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Agra untuk RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Rossa Berhijab Mahu Menanggalkan Tudung

Gambar Acong Sweet Child Bernikah Dengan Peminat Bernama Marya Zuraida