in , ,

Dari Syarikat Kecil, Kini Miracle Group of Companies  Terus Berkembang & Sukses

Tiada siapa sangka, idea awal untuk membuka sebuah kios kecil bagi menawarkan perkhidmatan kurier tujuh tahun lalu, kini telah menjadikan ia sebagai sebuah syarikat utama yang semakin berjaya dan menampakkan hasil dalam industri tersebut.

Tanggal 10 September lalu, Budiey telah menghadiri Perasmian Miracle Group of Companies (MGC) yang diadakan di Denai Alam, Shah Alam. Perasaan cukup bangga apabila melihat kejayaan usahawan tempatan yang berjaya membina empayar syarikat yang semakin maju dan mendapat tempat di hati masyarakat. 

Sudah tentu ini adalah detik yang cukup bermakna bagi Puan Sofia Mansur apabila kesemua syarikat yang dibina di bawah naungan Miracle Group of Companies iaitu Miracle Express, Miracle Chaliph, Miracle Academy & Training Centre, Lineclear Station telah pun secara rasmi diraikan bersama dengan para pekerja, pelanggan dan media. 

MIRACLE

Melalui idea unik dan kreatif daripada usahawan wanita, Sofia Mansor, 42, itu terbinalah empayar perniagaannya, Miracle Express yang beribu pejabat di Denai Alam, Selangor. Beliau teruja mencabar diri meneroka bidang per­khidmatan kurier sehingga syarikat itu mampu berdiri teguh bersama syarikat gergas

Pada awalnya, bisnes awal yang diusahakan adalah lebih tertumpu kepada bisnes insuran dan penghantaran. Semakin lama syarikat ini berkembang dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada pelanggan. Buat masa ini, syarikat ini telah berjaya mempunyai 98 ejen terlatih di seluruh Malaysia.  

Mengimbau sejarah penubuhan syarikat, menurut Sofia Mansur, sebelum ini iaitu tujuh tahun lepas, beliau merupakan seorang pegawai bank. Kemudian beliau mengambil keputusan berhenti kerja untuk mengusahakan bisnes pakaian. 

Dari situ, beliau telah berjinak-jinak dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian. Beliau mendapat idea untuk membina syarikat yang menawarkan servis penghantaran dengan mengumpulkan semua jenama kurier di Malaysia.

“Bisnes kurier dan insuran ini adalah merupakan bisnes yang menjadi kemestian yang ada pada masa sekarang ini. Semua perkara kita mahu dengan cepat dan panatas serta selamat.

Permulaannya, beliau membina lima cawangan kurier dan telah mencuba untuk mendapatkan lesen yang sah. Alhamdulilah, kita dapat lesen yang sah pada tahun 2020,”

– Sofia Mansur

Di majlis perasmian pembukaan ini, Sofia Mansur tidak menahan rasa sebak semasa berucap. Menurutnya, perjuangan dalam bisnes bukan mudah untuk dilakukan.

Pada masa itu, beliau juga mendapati ramai kawan mula menjauhkan diri. Namun, dengan usaha dan banyak dibantu oleh keajaiban semangat kekuatan semasa mengandung anak bongsu, beliau cuba berdiri semula sehinggalah berjaya.

Beliau yakin Allah telah menghantar Caliph, anak bongsunya itu untuk memberi kekuatan untuk berjaya dalam bisnes. Beliau juga bersyukur kerana mendapat sokongan daripada para pekerja yang meniupkan semangat.

Menyentuh tentang rahsia kejayaan Sofia Mansur, beliau memegang kepada prinsip jika mahu berjaya kenalah berusaha keras tanpa rasa putus asa. Perlu buat kerja dengan bersungguh-sungguh sampai berjaya. 

“Jika ramai yang boleh berjaya, kita juga boleh berjaya seperti mereka. Saya buat sesuatu yang saya rancang tu biarlah sampai jadi,”

“Biasakan buat sesuatu kerja itu dengan cara yang betul dan sungguh-sungguh. Kita tak boleh buat percubaan pada permulaan. Kalau kita jatuh sekali, kita kena bangun tiga kali,”

“Sudah tentu tulang belakang saya ialah suami saya yang tidak henti menyokong dan memberi restu atas setiap perjalanan jatuh bangun saya dalam MGC,”

– Sofia Mansur
Dari Syarikat Kecil, Kini Miracle Group of Companies  Terus Berkembang

Antara keunikan bisnes penghantaran dan kurier ini, Sofia mempunyai sokngan pasukan yang sangat kuat. Selain itu, beliau akui hubungan dengan ejen juga kena kuat dan beliau betul-betul menjaga kebajikan dan keperluan ejen.

Target sasaran, beliau mahu menambah lagi ejen yang ada. Pada masa akan datang, beliau mahu menambah baik dengan adanya penghantaran dengan trak secara mabile. 

Semoga segala yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Popular Bakal Hiburkan Pengunjung RIUH SOKMO! Bersama Celcom

NUHA NAUFAL

“Nuafal Macam Abang Saya,” – Nuha Ditanya Tentang Boyfriend