in ,

Penyanyi Mohd Dikurnia Anak Sulung Izz Rafael Namanya

Olololo comelnya. Anak siapa tu? Haa, inilah wajah permata kesayangan juara Mentor musim ke-4, Mohd yang telah selamat dilahirkan. Tahniah Mohd! Dah jadi bapa ya.

Kini, hidup Mohd lengkap sempurna dengan kelahiran anak sulung pada 9 Januari lalu. Mohd atau nama lengkapnya, Mohd Izwan Mohd Nor berkata, bayi lelaki yang diberi nama Mohd Izz Rafael itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.89 kilogram.

Anak Mohd Izz Rafael

“Sukar untuk saya gambarkan kebahagiaan, terutama selepas menatap wajah anak. Lebih seronok, apabila raut wajahnya mengikut iras saya. Kehadirannya melengkapkan lagi kebahagiaan kami,”

– Mohd

Mohd yang juga bekas protege penyanyi terkenal, Ziana Zain berkata, melihat isterinya bertarung nyawa melahirkan anak menyedarkan dirinya akan pengorbanan insan yang dipanggil ibu.

“Sebagai suami dan bapa, saya akan menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin tanda penghargaan atas segala perjuangan dan pengorbanan isteri,”

– Mohd

Mohd mendirikan rumah tangga dengan pentadbir eksekutif di sebuah syarikat swasta, Nurul Asyiqin Zaini di Pulau Pinang pada 14 Oktober 2017.

Menyentuh perjalanan kerjaya seninya, Mohd kini sibuk mempromosikan single terbarunya, Terbaik Untukmu.

Semoga dengan kelahiran baby pertama ini mencurahkan rezeki yang melimpah ruah dan menyuntik kegembiraan dalam kehidupan Mohd sekeluarga. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert ATAS BIG JAN SHOW di Bentley Music Auditorium

Video Muzik Sufian Suhaimi DI MATAMU Pecah Rekod