in , ,

Video Muzik Sufian Suhaimi DI MATAMU Pecah Rekod

Tahniah buat Sufian Suhaimi di atas kejayaan video muzik Di Matamu yang telah mengalahkan rekod tontonan YouTube yang dipegang Aiman Tino melalui lagu Ku Rela Dibenci.

Muzik video yang dimuat naik pada 22 Mac tahun lalu terus mendapat tontonan. Antara sebab MV ini mendapat tontonan mungkin kerana ramai netizen yang bersimpati dengan nasib Sufian lantaran Elfira Loy, bekas tunangnya sudah berkahwin. Opps, masing-masing sekarang dah tutup buku kan? Jadi, tak payah nak ungkit lagi. Mungkin juga ramai yang suka lagu ni sebab ramai yang putus cinta di tahun baru?

Video Muzik DI MATAMU yang telah kekal trending di Youtube semasa dilancarkan

Semasa Budiey menulis entri blog ini, video muzik lagu itu meraih 50,208,696 tontonan dengan jumlah tontonan terus meningkat hampir setiap minit.

Sufian Suhaimi

“50 juta ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pendengar #DiMatamu sehingga berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh adik saya, @official_aimantino sebelum ini.

“Doakan saya dapat membuat persembahan seperti yang dirancang untuk AJL nanti. Doakan saya diberikan kesihatan yang baik. Salam 50 juta,”

– Instagram Sufian Suhaimi

Video Muzik Sufian Suhaimi DI MATAMU Pecah Rekod Dengan Melebihi 50 Juta Tontonan

Video muzik Sufian kiranya memecah rekod artis Malaysia dan pastinya akan menarik perhatian Youtube untuk memberikan something buat Sufian. Dengan rekod baharu ini, impian Sufian melihat single keempatnya mencecah 50 juta tontonan sebelum Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, awal bulan depan, tercapai. Di Matamu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen bersaing di pentas AJL 33 pada 3 Februari depan.

Video muzik KU RELA DIBENCI oleh Aiman Tino setakat ini menerima 49,992,945 tontonan

Mengulas kejayaan terbabit Sufian berkata kepada wartawan Berita Harian, dia sangat gembira dan takjub dengan pencapaian lagu itu di YouTube.

“Single ini menjadi antara yang terus mengangkat nama saya di pentas seni. Bagi saya, kejayaan ini satu fenomena dan pencapaian peribadi buat saya,”

– Sufian Suhaimi

Sufian mengaku, single berkisar cinta tidak kesampaian itu memberi kesan besar dalam kerjaya seninya.

“Banyak cerita yang berkait dengan saya menerusi lagu ini. Lagu ini juga membawa saya ke Indonesia hingga merakamkannya secara duet bersama Shima Band dengan judul Di Matamu 2.0,”

– Sufian Suhaimi

Pada hari ini, Sufian Suhaimi bakal hadir di Sidang Media Anugerah Juara Lagu 33 dan pastinya ada bingkisan dari Budiey untuk menemubual Sufian dan finalis yang lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Mohd Dikurnia Anak Sulung Izz Rafael Namanya

Program Realiti Pulsar Dareventure Dilancar di Malaysia