in ,

Mohd Mentor Tuntut Zatul Mohon Maaf Secara Terbuka

Penyanyi Mohd Mentor atau nama sebenarnya, Mohd Izwan Mohd Nor memberi tempoh 3 bulan kepada penyanyi Zatul untuk memohon maaf secara terbuka selepas membuat dakwaan dia merogol penyanyi itu pada Januari 2013. Ini semua dibuat adalah untuk membersihkan namanya dan reputasi dirinya yang dah tercemar. Sekarang ini, Mohd Mentor dah boleh menarik nafas lega apabila dibebaskan daripada tuduhan merogol temannya, Zatul selepas kes tersebut didapati tiada bukti kukuh dan diklasifikasikan sebagai ‘no futher action’ (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya. Mohd tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah jika Zatul gagal berbuat demikian.

mohd-mentor

“Peguam saya telah meminta surat kenyataan rasmi sebagai bukti mengesahkan saya tidak bersalah. Tetapi menurut pihak polis, surat itu tidak dikeluarkan kerana kes ini tidak dibawa ke mahkamah. Pihak polis juga memberitahu saya jika mana-mana pihak inginkan bukti pengesaan saya tidak bersalah, mereka bolehlah merujuk di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.”

Dalam pada itu, menyedari kes tersebut telah menjejaskan reputasinya, Mohd meminta agar Zatul memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tiga bulan.

“Tuduhan ini cukup memalukan saya dan keluarga. Kerjaya nyanyian saya terjejas teruk. Saya beri tiga bulan kepada dia (Zatul) tampil memohon maaf secara terbuka dan membuat perjelasan kepada media mengenai tuduhannya itu da saya mahu dia bersihkan nama saya. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya.”

Zatul mendakwa dirogol oleh Mohd pada 31 Januari 2013 pada jam 12.40 tengah malam di rumah penyanyi berkenaan di Ukay Perdana Ampang dan pada 5 Februari 2013, Mohammad ditahan reman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Future Music Festival Asia 2014

Zatul Terkejut Mohd Mentor Bebas Tuduhan Rogol