in , ,

Ada Sebab Penyanyi Hip Hop Joe Flizzow Tangguh Majlis Persandingan

Menurut satu siaran media yang dikeluarkan oleh Joe Flizzow, beliau telah mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikah majlis resepsi yang dijadualkan pada bulan April 2020.

Keputusan ini adalah berikutan pandemik Covid-19 yang membimbangkan. Flizzow atau Johan Ishak yang sepatutnya mengadakan majlis persandingan dengan tunangnya, Marini Ramlan pada awal April 2020 berkata, ianya sangat penting untuk kita mengamalkan penjarakan sosial bagi memelihara keselamatan dan kesihatan.

Joe-Flizzow-Bertunang

“Ia bukan satu keputusan yang mudah kerana saya begitu menantikan saat untuk berkongsi hari bahagia ini dengan keluarga dan sahabat handal,”

Tapi saya perlu bertanggungjawab dan menghormati saranan pihak berkuasa untuk mengelakkan perhimpunan beramai-ramai,”

Dalam saat-saat yang mencabar ini, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga,”

– Joe Flizzow

Walaubagaimanapun majlis akad nikah tetap akan dilangsungkan seperti yang dirancangdan akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Tarikh baru untuk majlis persandingan belum ditetapkan tetapi akan diadakan apabila situasi pulih nanti.

Semoga segala perancangan nanti akan berjalan lancar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hans Isaac | 18

COVID 19: Festival Filem Malaysia Ke-31 Ditunda

Lan Solo Bergabung dengan Kristal X Untuk SERAGAM HITAM 2020