in , ,

Lan Solo Bergabung dengan Kristal X Untuk SERAGAM HITAM 2020

Perjalanan seni kumpulan Kristal begitu panjang. Dari usia belasan tahun pembabitan mereka sehingga sekarang, kumpulan ini tetap mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Mula meraih populariti menerusi lagu Seragam Hitam hasil ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Allahyarham Loloq, Kristal meletakkan mereka di kelas tersendiri. Siapa sangka, lagu keramat itu sudah berusia 20 tahun selepas dilancarkan pada tahun 2000 menerusi album sulung mereka Semut & Lebah.

Bagi meraikan dua dekad lagu itu dan penjenamaan baru Kristal yang kini dikenali sebagai Kristal X, mereka kini membuat kemunculan dengan lagu Seragam Hitam Versi 2020.

Menariknya, versi baharu ini turut menampilkan dua anggota asal Kristal iaitu Ainol (Dram) dan Ezal (Bass) selain Lan selaku vokalis.

Menurut Lan, 35, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, Seragam Hitam Versi 2020 adalah projek khas Kristal X selain merealisasikan impian peminat yang banyak memberi sokongan kepada Kristal selama ini.

“Idea menghasilkan lagu Seragam Hitam Versi 2020 ini tercetus apabila saya bersama dua lagi anggota asal Kristal bergabung dengan nama Kristal X.

“Dalam masa sama peminat pun mencadangkan kami buat sesuatu sebagai simbolik kemunculan semula. Jadi, kami fikir sesuatu yang baharu untuk ditonjolkan iaitu lagu baharu atau projek lagu.

“Apabila bersembang, kami fikirkan biarlah ia mengimbau nostalgia kami bermula. Jadi, kami putuskan untuk merakamkan lagu pertama yang orang kenal kami iaitu Seragam Hitam,”

– Lan Solo
Kristal X

Lan yang juga pemenang tempat ketiga program Gegar Vaganza musim keempat berkata, anggota asal Kristal bermula dari lagu Seragam Hitam.

“Memandangkan Seragam Hitam genap 20 tahun dilancarkan, jadi kami pun nak meraikan lagu ini. Kiranya, kami ‘on’ projek ini bersempena kemunculan semula Kristal yang kini dikenali sebagai Kristal X.

“Kristal X ini pula tercetus apabila mereka terbabit dalam ‘showcase’ Lan Solo Next Level tahun lalu. Kami terus berbincang secara serius. Ketika itu ahli terbabit hanya Ainul, Ezal, Ejan dan Joe. 

“Cuma, untuk projek ini Ejan dan Joe tidak dapat turut serta. Walaupun hanya bertiga, kami cuba buat projek ini,”

– Lan Solo

Mengenai muzik yang diketengahkan bagi versi baharu ini, Lan berkata ia berbeza daripada lagu asal.

“Lagu versi baharu ini sangat berbeza dengan bunyi asal. Muzik kali ini lebih segar. Malah, kalau nak tahu sebenarnya, muzik dan bunyi inilah yang kami mahukan dahulu.

“Tapi, ketika itu kami ikut saja apa penerbit dan pihak pemasaran mahu. Apa boleh dikatakan, versi ini memberi kepuasan maksimum berdasarkan apa yang diinginkan dan memenuhi cita rasa peminat yang ternantikan muzik sebegini daripada kami,”

– Kristal

Selain muzik dan bunyi baharu, sesuatu yang mengujakan Lan dan anggota Kristal X adalah lagu ini buat pertama kali mempunyai video muzik.

Ditanya mengenai keutamaan kerjaya nyanyiannya selepas ini, Lan berkata dia akan kembali bergerak secara solo dan berkumpulan.

“Lan Solo tetap solo sebab sudah bergerak secara solo. Cuma, lagu ini adalah projek khas pertama yang kami cuba buat. Kalau mendapat maklum balas baik, kami akan teruskan bergerak bersama juga. Maksudnya, saya boleh solo dan berkumpulan.

”Tapi, segalanya bergantung pada perancangan pasukan Lan Solo dan Kristal X.

”Projek mendatang akan diteruskan iaitu ’showcase’ Kristal X. Tapi, tak boleh dedahkan lagi. Apatah lagi sekarang masih isu wabak Covid-19. Insya-Allah kalau semuanya kembali pulih, kami akan umumkan tarikh,”

– Kristal

Projek khas ini adalah di bawah syarikat Lan iaitu LS Projects & Managment dan syarikat rakaman 17Eleven Music Sdn Bhd bertindak selaku pengedar lagu ini.

Video muzik lagu ini akan dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada hari ini (16 Mac 2020).

INFO VIDEO MUZIK

*Staring*

– Lan Solo

– Ainol 

– Ezal 

*Co-Starring*

– Amai

– Napie Hassan 

*Talent*

– Danial 

*Direct by* : Dir.A

*Production Assistant* : Mars 

*Stylist* : Nawre Projects

*MUA* : Norezz Idris

*Studio* : Warisan Hall Studio

*BTS Video* : Achaff 

*Crew* : Farina / Adnin / Nur Izzatul Akmal 

*Logo Kristal-X* : Dikmie Kimie 

INFO RAKAMAN LAGU

*Vocal* : Lan Solo

*Drum* : Ainol

*Bass* : Amai

*Guitar* : Napie Hassan

*Keyboard* : Ayop Azril

*Arranger* : Ayop Azril & Amai

*Engineer* : Epul Kuat

*Studio* : BF Rockstation

*Mixing* : Ahmad Huzaini

*Producer* : Lan Solo / Ayop Azril / Amai 

*Executive Producer* : Sheila Razlan

*Distributor* : 17Eleven Music Sdn Bhd 

*Produce by* : LS Projects & Management

Kristal X
Kristal X
Kristal X

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Penyanyi Hip Hop Joe Flizzow Tangguh Majlis Persandingan

COVID 19: Malaysia Umum Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan