in , ,

Penyanyi Duo AishaHanim Tak Anggap Iqram Dinzly ‘Orang Gila’

Ketika ramai memulau dan menganggap pelakon kontroversi, Iqram Dinzly tidak waras, sebaliknya penyanyi duo yang juga kembar, AishaHanim.

Dalam diam, penyanyi duo yang sudah memiliki empat single itu antara sahabat yang mengambil berat mengenai pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu sejak dua tahun lalu. Terbaharu, timbul pula desas desus mendakwa, AishaHanim menaja kehidupan pelakon yang kini mahu dikenali dengan nama, Iq Dinzly itu.

Penyanyi Duo AishaHanim Tak Anggap Iqram Dinzly 'Orang Gila'

“Secara kebetulan, kami satu kampung dengan Iq di Ipoh, Perak. Bagaimanapun, kami lebih rapat dengan arwah kakaknya. Suami arwah kakaknya bermain muzik dengan kami.

“Jadi, tiada istilah kami menaja Iq seperti yang didakwa. Lagipun, hubungan kami sudah seperti adik beradik. Sebagai rakan sekampung, kami terpanggil untuk menariknya daripada terus larut dan tidak tentu arah. Kami memberikan semangat untuknya meneruskan hidup.

“Ibunya di kampung pun selalu berpesan suruh kami nasihatkan Iq. Sebelum ini, kami juga seperti orang lain tertanya-tanya kenapa Iq berkelakuan pelik dalam media sosial,”

– Aisha

Bagaimanapun, Aisha berkata, mereka mula faham apabila mendengar penjelasan Iq.

“Iq ada alasan sendiri berbuat begitu. Jika berjumpa dan berdepan dengannya, kami lihat Iq sama seperti orang lain,”

– Aisha
Penyanyi Duo AishaHanim Tak Anggap Iqram Dinzly 'Orang Gila'

Hanim atau Hanim Fariza berkata, sebelum ini, mereka menawarkan Iq sebagai model untuk jubah jersi dikeluarkan.

“Selagi Iq ada usaha mahu mempromosikan jubah, kami okey sahaja untuk menjalinkan kerjasama dengannya.

“Ini lebih kepada membantunya menjana pendapatan sampingan, lagipun Iq sudah memiliki bisnes lain.

“Insya-Allah, mungkin ada kerjasama lain membabitkan kami lagi selepas ini,” kata Hanim.

– Hanim

Sementara itu, Iq atau nama penuhnya, Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin percaya, kehidupannya selalu dihadirkan insan baik dan berhati mulia.

“Mereka diibaratkan bidadari berhati mulia. Saya bersyukur pada saat ada yang memandang rendah dan melemparkan pelbagai persepsi, AishaHanim pula sebaliknya.

“Pada saat, ada yang anggap saya seperti orang gila, mereka melayan saya dengan baik.

“Saya buat perniagaan kecil-kecilan selama lebih empat tahun tinggal di Ipoh. Saya menjana pendapatan menerusi akaun Bigo. Pernah saya mendapat RM5,000 sebulan menerusi akaun berkenaan.

“Saya masih teringin berlakon kalau diberi watak berbeza. Tetapi, jika kalau tak dapat berlakon di kaca televisyen, saya boleh kongsi bakat menerusi YouTube. Insya-Allah, saya akan ada akaun YouTube, tak lama lagi,” katanya.

– Iq

Sebelum ini, AishaHanim pernah dikenali sebagai penyanyi runut bunyi drama. Terbaharu, single Angkara yang dilancarkan Ramadan lalu menjadi lagu tema drama Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak.

Sumber: Berita Harian

What do you think?

28 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Salammusik Meraikan Ulangtahun Pertama Album Riawayat

Miera Leyana Bakal Nikah dengan Usahawan Berusia 40 an Esok