in , ,

Salammusik Meraikan Ulangtahun Pertama Album Riawayat

Salammusik, kumpulan tempatan yang telah banyak menggodol anugerah di tanah air, meraikan ulangtahun pertama penghasilan album fizikal mereka yang berjudul RIWAYAT.

Sehubungan dengan itu, para peminat boleh melayari lagu utama  album tersebut, Menyemai Kemungkinan menerusi platform digital yang terpilih. Salammusik yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Aku Pelat, Bangkit dan pelbagai lagu lain sentiasa mengangkat dan menyemarakkan elemen dan irama tradisional Malaysia di dalam naskah mereka. “Kami sentiasa menghargai elemen muzik tradisional yang menjadi khazanah negara dan akan sentiasa mengketengahkan elemen ini untuk dikongsi bersama generasi muda dan pada masa yang sama masih lagi disulami dengan rentak-rentak moden agar kekal relevan”, kata penyanyi dan produser Salammusik.

Menyemai Kemungkinan Remix CoverArt
Menyemai Kemungkinan Remix CoverArt

Lagu Menyemai Kemungkinan adalah sebahagian dari album RIWAYAT, yang diilhami oleh sejarah Malaysia. Buku ini mengandungi karya seni, puisi, terjemahan, transkripsi, dan akord album.

‘Menyemai Kemungkinan’ telah dijadikan lagu tema bagi filem aksi seni mempertahankan diri, “Geran” dan mulai sekarang, peminat boleh melayari lagu versi asal tersebut mahu pun versi Newsantara Remix by YYY Hertz di semua platform digital seperti i-Tunes, Spotify dan etc.

“Ia merupakan tahun yang memberangsangkan untuk kami,”

“Selepas pelancaran album fizikal yang pertama, ‘Riwayat’, kami mulai sibuk dengan aktiviti jerayawara di seluruh negara dengan persembahan di Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh.

Kami sangat berbesar hati dengan sambutan menggalakkan yang telah diterima menerusi peminat dan penyokong muzik kami dari Malaysia.

Di samping itu juga, kami berasa amat teruja dengan undangan untuk melakukan persembahan di festival-festival utama di Eropah khususnya”.

– Salammusik

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sentiasa menyokong inisiatif murni Salammusik dalam memartabatkan elemen muzik tradisional di dalam penghasilan naskah mereka dan ini membawa kepada pengiktirafan dan surat penghargaan yang dizahirkan oleh Kerajaan Malaysia sendiri.

“Ia satu perasaan yang sukar untuk digambarkan apabila usaha kreatif kami mendapat perhatian oleh pemimpin negara ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong usaha kami sejak awal lagi”.

– Salammusik

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini, Salammusik terpaksa membatalkan jelajah Eropah yang telah dijadualkan pada tahun ini biar pun telah mengesahkan penyertaan mereka di dalam 9 festival utama di sana.

Keputusan ini terpaksa diambil memandangkan pembatalan serta penundaan acara dan festival muzik di seluruh dunia disebabkan wabak ini. Namun begitu, kebanyakan festival ini telah pun menjadualkan semula pembabitan Salammusik ke tahun hadapan, 2021.

Penyanyi dan juga produser yang berusia 31 tahun itu juga turut menggalakkan pemuzik tempatan untuk berani dalam mengeksplorasi koloborasi di peringkat antarabangsa kerana banyak pengalaman dan ilmu baru yang boleh ditimba, “Dunia sedang berevolusi dan saling menginspirasikan, kita juga tidak harus ketinggalan”.

# # # #

Award Winning band, Salammusik, celebrates the 1st anniversary of their physical album “RIWAYAT” and shares the song “Menyemai Kemungkinan” on all the streaming platforms.

Salammusik, known for the hits, “Aku Pelat”, “Bangkit” and numerous other notable pieces, is wholehearted in championing the evolving Malaysian’s traditional music. “We treasure our cultural music and we are passionate to share this with the new generation mixing it with modern beats” according to singer/producer of Salammuzik.

The song “Menyemai Kemungkinan” is part of the “RIWAYAT” album, which was inspired by the history of Malaysia. The book contains art-works, poetries, translations, transcriptions, and the chords of the album.

Menyemai Kemungkinan’ has appeared as the theme song for the Martial Arts Movie “Geran”. Starting from now on, everyone will be able to listen to the original song as well as the Newsantara Remix by YYY Hertz on all the streaming platforms such as i-Tunes, Spotify and etc.

“It has been a lively year for us”, Salam explains, “After the release of our physical album “RIWAYAT” we did a promotional tour all over the country performing in Johor, Penang, Kuala Lumpur and Ipoh. We are truly thankful for the positive responds in Malaysia and thrilled to receive so many requests to perform on major festivals in Europe”.

The Institute of Language and Literature has been keeping an eye on Salammusik, and the band has recently received a personal letter from the government expressing their outmost appreciation for their online work. “It’s a great feeling to be recognized, it means a lot to us knowing our works are also appreciated by the leaders of or very own country. Therefore, we would like to express our deepest gratitude to everyone who has been supporting us from the very beginning”.

Unfortunately, due to Covid-19, Salammusik has not been able to travel to Europe for their Music Tour amidst already confirming their participation on 9 major festivals. This is solely due to same reason all over the world, whereby all music events have been cancelled. On the bright side, most of the European festivals have reconfirmed the performance and participation of Salammusik for the following year, 2021. 

The 31-year old singer cum producer said that he encourages local musicians to venture beyond the local market, as there are so much more to learn on music performances and arts, “The world is evolving and inspiring, lets join that movement”.

www.salammusik.com

What do you think?

31 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem-Filem Hebat Kini Bersedia ke Layar Perak

Penyanyi Duo AishaHanim Tak Anggap Iqram Dinzly ‘Orang Gila’