in ,

Pemeriksaan Percuma Sempena Kempen Kesedaran Kanser Prostat

Pemeriksaan Percuma oleh Sunway Healthcare Group Bersempena Kempen Kesedaran Kanser Prostat.

Berdasarkan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser prostat merupakan kanser kedua tertinggi mengikut kategori penyakit itu yang dihidapi golongan lelaki. Di Malaysia sendiri, sebanyak 8.8 peratus pesakit baharu yang didiagnosis kanser pada tahun 2018 yang menyaksikan peningkatan 621 kes dari tahun 2014[1].

Pasukan doktor percaya bahawa dengan peningkatan jangka hayat dan populasi penuaan, jumlah pesakit kanser prostat dijangka bertambah secara berkadar.

“Peningkatan pesakit kanser prostat turut dipantau di Sunway Medical Centre. Pada tahun 2019, buat pertama kalinya, ia berada dalam kelompok kelima senarai kanser direkodkan,” jelas Pengarah Perubatan Sunway Medical Centre (SunMed) Dr Seow Vei Ken.

Dr Seow Vei Ken, Medical Director, Sunway Medical Centre (SunMed).
Dr Seow Vei Ken, Medical Director, Sunway Medical Centre (SunMed).

Berdasarkan penyelidikan global, walaupun terdapat peningkatan kes, kadar survival pesakit kanser prostat relatif selama lima tahun untuk semua tahap telah meningkat dari 68.3 peratus kepada 99.9 peratus dalam tempoh 25 tahun terakhir [2].

Kempen Kesedaran Kanser Prostat

Berikutan dari situasi tersebut, Pusat Perubatan Sunway Sunway dan Pusat Perubatan Sunway Velocity mengambil inisiatif menganjurkan kempen Kesedaran Kanser Prostat bermula Julai hingga September ini.

Ia adalah untuk memberi sokongan kepada golongan lelaki supaya berani untuk tampil menjalani ujian awal simpton seterusnya mengatasi stigma biasa yang berkaitan dengan penyakit ini sebelum langkah segera rawatan yang sewajarnya.

Bermula Jun lalu sehingga pertengahan Julai 2020, pasukan SunMed @ Home, menawarkan perkhidmatan ke rumah pesakit-pesakit kanser prostat survival untuk mengumpulkan sampel darah bagi ujian Prostate Specific Antigen (PSA).

Lebih menarik, perkhidmatan ke rumah ini adalah percuma yang ditawarkan kepada pesakit SunMed termasuk ahli Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM).

Atasi Stigma

Hasil penyelidikan mendapati pesakit kanser prostat dan orang yang mereka sayangi memerlukan dorongan emosi dan aktif sepanjang diagnosis, rawatan dan tindak lanjut untuk mengatasi halangan serta mendapatkan akses kepada sokongan tambahan, terutama untuk masalah seksual, emosi dan isu psikososial.

“Mengatasi stigma adalah salah satu langkah pertama. Ramai lelaki tidak mahu tampil kerana bimbang dinilai.

“Disebabkan itu pengesanan awal tidak dapat diketahui dan membuktikan kesannya. Jadi kami percaya gabungan ujian percuma, konsultan dengan ahli urologi, dan webinar percuma dalam kempen Kesedaran Kanser Prostat SunMed akan memudahkan golongan lelaki mengambil langkah awal ini,” jelas Pakar Urologi Perunding, Pusat Perubatan Sunway, Dr Badrulhisham Bahadzor.

Dr Badrulhisham Bahadzor, Robotic Surgery, Urology, Sunway Medical Centre
Dr Badrulhisham Bahadzor, Robotic Surgery, Urology, Sunway Medical Centre

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit kanser, sila layari: https://www.sunwaymedical.com/cancer-types/ atau Sunway Medical Centre official Facebook Page


[1] World Health Organisation International Research Agency on Cancer, GlobalCan 2018 https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-sheets.pdf and https://www.who.int/cancer/country-profiles/MYS_2020.pdf

[2]  Disease and Economic Burden of Prostate Cancer in Malaysia: A Review http://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/article/view/227

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Duo AishaHanim Tak Anggap Iqram Dinzly ‘Orang Gila’

Miera Leyana Bakal Nikah dengan Usahawan Berusia 40 an Esok