in ,

Penyampai Berita TVS Memperagakan Busana Keringkam di Hari Raya Aidilfitri

Seiring dengan slogan saluran iaitu ‘Segar dan Berinspirasi’, penyampai-penyampai berita TVS tampil dengan kelainan sekali lagi dengan memperagakan busana selendang dan selayah keringkam untuk penyampaian berita pada Hari Raya Aidilfitri.

Seiring dengan slogan saluran iaitu ‘Segar dan Berinspirasi’, penyampai-penyampai berita TVS tampil dengan kelainan sekali lagi dengan memperagakan busana selendang dan selayah keringkam untuk penyampaian berita pada Hari Raya Aidilfitri.

Keringkam merupakan pemakaian di kalangan wanita Melayu Sarawak yang dek luput ditelan masa. Motif serta corak sulaman yang menggunakan benang emas dan perak amat unik serta melambangkan ia sebagai sebahagian daripada pusaka keluarga. Pemakaian keringkam oleh para penyampai berita TVS yang berbilang kaum mempamerkan perpaduan untuk memperkasa wanita dalam industri penyiaran di samping mengekalkan jati diri serta warisan budaya negeri Sarawak.

Sheera

Penyampai berita TVS yang akan mengenakan busana ini termasuklah Marzella Sigai untuk Berita Iban pada pukul 4.00 petang dan 7.00 malam, Jessica John untuk Berita Iban dan TVS Utama masing-masing pada pukul 11.00 pagi dan 8.00 malam, Handy Gui untuk Ringkas pukul 12.00 tengah hari dan Berita Inggeris pada pukul 5.00 petang, dan Jeerydine Chan untuk Berita Re Bao pada pukul 6.00 petang.

Penyampai Berita Inggeris TVS, Handy Gui, berkata, “Saya berasa bangga mengenakan keringkam dan songket walaupun saya bukan berketurunan Melayu. Namun, membesar di negara dengan pelbagai budaya telah menjadikan kita satu. Justeru, apabila diberi peluang untuk memakai dan mempromosikan budaya Melayu, saya dengan bangga dapat menyatakan bahawa ini adalah satu penghormatan.”

“Ketika memakai keringkam buat pertama kali, saya berasa kita sebagai satu walaupun berbilang agama dan bangsa. Saya berasa sangat bangga menjadi orang Sarawak kerana dapat mengalami budaya yang berbeza.” kata Jeerydine Chan, Penyampai Berita Cina TVS.

Kekal duduk di rumah dan #RayaTogether dengan berita terkini di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV.

Jessica (1)

Mengenai TVS

TVS merupakan stesen TV pertama yang dimiliki oleh kerajaan negeri dan beroperasi di Sarawak. Membawakan kepada anda berita pelbagai berita dan kejadian yang berlaku di seluruh dunia dengan konsep baharu yang akan meningkatkan pengalaman tontonan anda.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Saya Bukan Siapa-Siapa…Kalau Nak Agungkan, Agungkanlah Rasulullah,” – Mizz Nina

Reen Rahim Redha Terpaksa Beraya Sebagai Pesakit Covid-19