in ,

“Saya Bukan Siapa-Siapa…Kalau Nak Agungkan, Agungkanlah Rasulullah,” – Mizz Nina

Umum mengetahui, baru-baru ini nama Mizz Nina hangat diperkatakan di media sosial apabila rata-rata netizen mengagumi tauladan baik yang ditunjukkan oleh bekas penyanyi itu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang netizen berkongsikan jawapan Mizz Nina berkenaan perkara itu dalam satu program Malaysia Hari Ini.

“Kalau rasa nak agungkan seseorang, agungkanlah Rasulullah SAW, para sahabat atau ummul mukminin. Setiap pujian melambung-lambung terhadap sesiapa, sentiasa beserta dengan jangkaan & harapan tinggi,” katanya.

Mizz Nina juga berkata dia seakan tidak percaya apabila mendengar pandang orang terhadap dirinya kerana mereka tidak tahu tentang dirinya yang sebenar.

“Saya rasa, Ya Allah, betul ke saya baik sangat macam tu? Setiap kali baca komen memuji-muji, Ya Allah maafkan mereka tentang apa yang mereka cakap berkenaan saya. Mereka tak tahu siapa saya sebenarnya.

“Maafkan saya dan bantu saya untuk jadi lebih baik daripada apa yang mereka katakan,” ujarnya lagi.

Kata Mizz Nina lagi, dia turut takut jika Allah bertanya apa yang dilakukannya sehingga menerima pujian tersebut kerana baginya dia tidak layak.

“Saya takut sangat nanti Allah akan tanya, ‘apa kamu buat apabila terima pujian begitu? Rasa diri bagus? Atau akan gunakannya untuk perbaiki diri?’. Saya takut,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Israel ‘Give up’, Tweet Kena Serang Dengan Netizen Malaysia Habis-Habisan!

Penyampai Berita TVS Memperagakan Busana Keringkam di Hari Raya Aidilfitri