in ,

Reen Rahim Redha Terpaksa Beraya Sebagai Pesakit Covid-19

Kegembiraan pelakon Reen Rahim, 32, untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bertukar duka selepas dia disahkan positif virus Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin seorang diri, hari ini.

Demi keselamatan keluarga tersayang, Reen Rahim reda beraya sendirian sepanjang tempoh kuarantin selepas disahkan positif COVID-19, baru-baru ini.

Mengambil keputusan duduk berasingan selepas dijangkiti virus berkenaan, Reen yang disahkan positif selepas menjalani ujian calitan kedua, membilang hari untuk bertemu ibu dan ayah.

Reen atau nama sebenar, Noreen Ashikin Abdul Rahim mengaku dirinya bagai tidak percaya beraya sendirian tanpa ibu yang digelarnya ‘Amie’ dan ayah yang dipanggil ‘Baba’.

REEN RAHIM
Reen memilih menjalani kuarantin berasingan demi keselamatan Amie, Baba dan ahli keluarga lain. Foto Ihsan Reen Rahim

“Selama ini, saya sudah berjanji dengan diri sendiri, biar apa pun terjadi, saya tidak akan meninggalkan Amie dan Baba beraya sendirian.

“Malah, saya sanggup tidak berkahwin jika bakal suami mahu membawa saya jauh dari ibu kandung.

“Saya mahu Amie dan Baba duduk bersama biarpun sudah berkahwin. Kalau bakal suami tidak mahu terima, saya sanggup tolak,” katanya kepada BH Online.

Pelakon Pujaan Hati Kanda mengaku hidup bersulam air mata sejak disahkan positif COVID-19 apatah lagi hasrat beraya dengan ibu bapa dan keluarga tidak kesampaian.

“Saya perlu mengasingkan diri daripada mereka selama lebih seminggu. Hendak tak hendak, saya kena raya sendirian.

“Tidak tahu hendak menggambarkan rasa hati. Semoga Allah kuatkan hati Amie agar tidak bersedih.

“Saya lebih rela Amie menangis di pagi raya kerana saya tiada daripada saya menangis sebab Amie terkena virus ini…. Doakan saya,” katanya yang bersyukur tiada dalam kalangan keluarganya di Klang disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Terdahulu, Reen memuat naik keputusan ujian keduanya itu di Instagram. Selain Reen, terbaru artis yang dijangkiti virus itu adalah Nora Danish dan Tiz Zaqyah.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyampai Berita TVS Memperagakan Busana Keringkam di Hari Raya Aidilfitri

Peniaga Rendang Dedah Perangai Artis Minta Diskaun, Sekali Cik Ta Sound “Kurang Ajar Betul…”