in , , , ,

Penjelasan Lanjut Pembatalan Nikah Dengan Atikah Suhaime, Ini Komen Awi Rafael

Semua sedia maklum tentang perkahwinan Awi Rafael bersama Atikah Suhaimi yang dijadualkan bakal berlangsung pada 17 Mac 2019 (Ahad) ini telah dibatalkan di atas sebab-sebab yang tertentu.

Sekarang ini, ramai sekali wartawan dan media ingin mendapatkan penjelasan lanjut dari tuan punya badan iaitu Awi Rafael sendiri untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku ke atas pasangan ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Warner Music Malaysia mewakili Awi Rafael ingin memohon kepada rakan media untuk memberi ruang dan masa kepada Awi Rafael sebelum beliau dapat menjawab apa-apa persoalan atau membuat kenyataan yang seterusnya. 

“Harap semua dapat memberikan masa dan ruang untuk saya bertenang.” – Awi Rafael

Awi Rafael kini berada di Singapura bersama keluarga tersayang dan memohon jasa baik rakan media memahami akan keadaan Awi. 

“Awi juga berterima kasih kepada semua rakan media yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya beliau dari dulu hingga kini. Sekian, terima kasih.”

– Awi Rafael

Budiey harap segala permasalahan dapat dijernihkan kembali dan Awi Rafael serta Atikah Suhaime diberikan ketenangan bagi menangani dugaan di dunia yang mencabar ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Azian Mazuan Safuan Teruja Anak Dapat 7A SPM

Dayang Nurfaizah

[VIDEO] Lagu ISTIMEWA Nyanyian Dayang Nurfaizah Sempena Blu Inc Celebrating Women