in ,

Pengguna Boleh Kemaskini Apple iOS 13 Bermula 20 September Ini

Dalam acara istimewa Apple yang baru sahaja selesai sebentar tadi, Apple telah memperkenalkan barisan model iPhone 11 dan produk-produk mereka yang lain. Walaubagaimanapun tiada sebarang pengumuman tarikh sistem operasi iOS 13 akan dilepaskan kepada pengguna iPhone.

Bersama-sama pengenalan iPhone generasi baru, ia turut menyertakan sistem operasi yang diberikan nafas baru dengan pelbagai ciri-ciri terkini. Bercakap mengenainya, kini Apple mengatakan iOS 13 yang serba baru berkenaan bakal ditawarkan kepada pengguna bermula 20 September 2019 kelak.

iOS 13 menyertakan pembaharuan pada sejumlah aplikasi, termasuk menyertakan mod gelap yang baharu, kemaskini pada Apple Maps, ciri Find My yang diberikan nafas baru, kemaskini pada papan kekunci, sokongan Memoji sebagai sticker, dan beberapa yang lain.

Apple iOS 13

Untuk info pembaca, buat masa ini versi iOS 13 beta masih dalam peringkat pembangunan yang hanya boleh digunakan oleh pembangun yang berdaftar dan pengguna yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program sahaja.

iOS 13 akan boleh digunakan pada iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR, iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE dan juga iPod Touch (Gen-7).

Bagi anda yang menggunakannya, boleh nantikan 20 September ini untuk menikmati kemaskini terbaru iOS ini.

Jadi sementara menunggu iOS 13, anda bolehlah membuat salinan (backup) terhadap iPhone anda dahulu bagi mengelakkan sebarang kehilangan data yang boleh berlaku ketika proses kemas kini iPhone dibuat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penampilan Selekeh Dianggap Tak Move On, Sufian Suhaimi Balas Komen Makcik Bawang

Mamat Exists Bebas Dengan Jaminan Polis