in ,

Penampilan Selekeh Dianggap Tak Move On, Sufian Suhaimi Balas Komen Makcik Bawang

Dituduh sengaja berpenampilan selekeh kerana belum menerima hakikat dengan cinta lama oleh seorang mak cik bawang, penyanyi Sufian Suhaimi mempertahankan dirinya dengan membalas komen tersebut.

Dalam balasan komen, antara kenyataan yang ditinggalkan, selain mempertahankan foto itu dirakam selepas aktiviti menyelam laut, Sufian, 27, berkata, dia sudah lama move on dan boleh memiliki teman wanita bila-bila masa namun belum masanya lagi.

Sufian Suhaimi

Komen tersebut bagaimanapun sudah dipadam Sufian kerana ramai netizen seperti ‘menyerang’ mak cik itu dengan komen-komen yang bersifat agak kasar.

“Sebenarnya, benda itu tidak patut diungkit pun. Sudah lama sangat cerita itu. Orang itu pun sudah nak ada anak.

“Kalau dia ingin cakap pasal penampilan atau suruh saya gembira, saya okey. Tapi kalau kaitkan seolah-olah imej ‘selekeh’ membuatkan orang lain rasa bersalah, itu yang saya terpanggil untuk balas komen mak cik tersebut supaya tiada lagi orang ungkit tentang hal seperti itu,”

– Sufian Suhaimi

Menjawab mengapa dia memadam komen pedas kepada mak cik berkenaan, jawab pelantun lagu Di Matamu itu:

“Banyak bahasa kasar yang dilontarkan terutama yang datang daripada generasi muda dan sudah menyimpang jauh.  

“Saya rasa perkara itu biadap berlaku dalam laman sosial saya dan saya tidak suka perkara negatif,”

– Sufian Suhaimi

Sufian sebelum ini pernah bertunang dengan aktres, Elfira Loy namun memutuskan tali pertunangan Februari tahun lalu

Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wawa Zainal | 23

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Kini Bergelar Jutawan Kosmetik

Tim Cook | 24

Pengguna Boleh Kemaskini Apple iOS 13 Bermula 20 September Ini