in

Pengguna Airasia Super App Kini Boleh Berhubung & Bersembang

airasia memperkenalkan airasia chat – ciri baharu untuk bersembang secara nyata bagi memudahkan pengguna airasia super app untuk berhubung dengan komuniti yang diminati, menerokai tempat menarik untuk dilawati, makan dan beriadah.

Apakah airasia chat?

Melissa Lim, Ketua airasia chat berkongsi bahawa pasukannya ingin melihat airasia chat menjadi sebuah platform sehenti menghubungkan para pengguna untuk menikmati pengalaman sembang sosial dengan mudah. Beliau menambah, “Kami juga akan memperkenalkan ciri-ciri menarik pada masa akan datang yang setanding dengan ciri aplikasi lain dan akan diumumkan tidak lama lagi.”

Sumit Ramchandani, Ketua Pegawai Eksekutif airasia media group berkata, “Kami kini telah berkembang lebih daripada sebuah syarikat penerbangan. Daripada menghubungkan para tetamu ke destinasi pilihan mereka, kami telah berkembang menjadi sebuah syarikat perjalanan dan gaya hidup digital untuk semua merangkumi perkhidmatan penghantaran makanan, barangan runcit, beli-belah dan banyak lagi melalui airasia super app. 

Airasia

Kini, airasia super app bukan sahaja sebuah platform perkhidmatan pesanan, malah ruang untuk semua orang berhubung, sertai pelbagai komuniti menarik dan memupuk perdagangan berasaskan sosial – jadi inilah masanya untuk kami memperkenalkan ciri airasia chat menerusi aplikasi ini.

Fungsi airasia chat dalam aplikasi ini ditubuhkan sebahagian daripada AirAsia Media Group untuk memanfaatkan aplikasi kami dan kami yakin aplikasi ini akan meningkatkan penggunaannya melalui ruang sembang yang menarik seterusnya menggalakkan penggunaan aplikasi yang lebih kerap. Dari perspektif pengguna, mereka boleh mengetahui mengenai keseluruhan ekosistem airasia melalui airasia chat ini.”

Apakah ciri-ciri yang terdapat di airasia chat?

Sertai komuniti

Anda boleh memilih untuk menyertai komuniti yang menarik dan bersembang bersama pengguna lain. Hanya sertai komuniti pilihan anda, tekan sertai dan mula bersembang.

Antara komuniti yang paling ramai disertai adalah Kuala Lumpur Travellers dan Bali Travellers, manakala airasia.com promotion mempunyai pengikut tertinggi untuk Saluran (Channel) di airasia chat. Banyak lagi ruang sembang dan saluran menarik akan diperkenalkan untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin berkembang. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sherry Alhadad | 13

Sherry Alhadad & Syomirizwa Gupta Bergabung Hasilkan Koleksi Fesyen Pertama Untuk Aidilfitri

Sharifah Sakinah | 14

Reaksi Sharifah Sakinah Selepas Dinasihat oleh PU Syed Sebab Selalu Tunjuk Aset