in , ,

Reaksi Sharifah Sakinah Selepas Dinasihat oleh PU Syed Sebab Selalu Tunjuk Aset

GARA-GARA memuat naik foto seksi sehingga mencetuskan kritikan netizen, pelakon Sharifah Sakinah ditegur Pencetus Ummas (PU) Syed yang meminta aktes itu menjaga adab dalam berpakaian.

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya menerusi surat terbuka menasihatkan pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu agar tidak mempengaruhi pengikut laman sosial untuk berpakaian demikian.

“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di Instagram manakala di media sosial yang lain saya tak tahu dan tidak ingin ambil tahu.

“Saya ingin tegur perbuatan puan, sekaligus dapat menegur pengikut puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini.

“Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta dilanggari,” katanya.

Reaksi Sharifah Sakinah Selepas Dinasihat Oleh Pu Syed Sebab Selalu Tunjuk Aset

Dalam kiriman surat terbuka itu juga, PU Syed turut berkata, teguran itu adalah untuk menyelamatkan aktres tersebut daripada terus hanyut dengan ujian dunia.

“Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji. Ingatlah, kita daripada keturunan yang mulia, daripada nasab yang mulia.

“Maka perlu saya menegur untuk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya.Inilah cara kita sesama saudara untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi,” katanya.

RESPON SHARIFAH SAKINAH

Sementara itu, Sakinah menyambut baik teguran PU Syed dengan memuat naik semula surat teguran itu di laman Instagramnya pada Isnin.

Menerusi posting itu, Sakinah memohon maaf dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Reaksi Sharifah Sakinah Selepas Dinasihat Oleh Pu Syed Sebab Selalu Tunjuk Aset

Saya minta maaf, doakan yang baik-baik,” katanya.

Terdahulu alam hantaran tersebut, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, berkongsi sekeping foto dengan penampilan dan gaya yang mencolok mata sehingga mengundang perhatian pengikutnya dalam laman sosial.

“It’s a wrap! (selesai) Esok cuti,” ujar pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu ringkas selepas membakar 600 kalori ketika bersenam.

Ternyata perkongsian foto Sakinah memakai pakaian senaman (sport bra) berwarna hitam dengan gaya ‘manja’ kurang disenangi pengikutnya sehingga ramai yang meninggalkan komen pada hantaran pelakon tersebut.

“Sebagai wanita yang beragama Islam. Tunjuklah selagi boleh tunjuk (tayang aurat). Itukah yang dimaksudkan dengan gambar ini?” ujar salah seorang pengguna.

Enggan berdiam diri, Sakinah dilihat membalas komen berkenaan dengan berkata bahawa, sebagai seorang lelaki dia boleh sahaja menundukkan pandangan daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya.

Selain menerima komen-komen berbentuk kecaman, ramai juga pengikutnya meninggalkan komen meminta supaya Sakinah menjadi aib keluarga dan diri sendiri.

“Ya Allah, tutup aib dan auratnya serta maruah keluarga yang dikenali ramai daripada dilihat. Saya seorang peminat setia,” kata salah seorang peminatnya.

Sebelum ini, Sakinah pernah mengundang kecaman netizen apabila memuat naik sekeping foto berkemban dengan hanya berkain batik sambil menyepit sebatang rokok pada jarinya.

Walaupun hebat dihentam netizen, Sakinah dilihat tidak mudah melenting dan menerima teguran dengan hati terbuka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airasia 2020 | 23

Pengguna Airasia Super App Kini Boleh Berhubung & Bersembang

Isma Yusoof | 24

Lokasi Penggambaran Bukan Tempat Menimba Ilmu, Isma Yusoof Nasihat Pelakon Baru