in ,

Pengalaman Peminjam Mohon Bantuan Moratorium di Bawah Pakej PEMULIH

Berikut adalah sedikit info panduan bagi anda yang terjejas ekoran daripada wabak pandemik Covid 19 ini yang semakin mengganas sekarang ini. Anda boleh memohom bantuan PEMULIH dan juga moratprium berikut.

Kami tahu mungkin ada di antara peminjam berasa sangsi di atas penawaran moratorium oleh pihak bank dan merasakan permohonan masih leceh dan memerlukan pelbagai jenis dokumen.

Tapi sebenarnya, proses permohonan moratorium di bawah pakej PEMULIH adalah sangat mudah kerana tidak perlu dokumen sokongan dan kelulusan adalah secara automatik. Keutamaan pihak bank ketika ini adalah untuk membantu seramai mungkin peminjam yang terkesan. 

Kami mahu kongsikan pengalaman Puan Nina sewaktu mendapatkan bantuan moratorium baru-baru ini. 

Puan Nina berkata, beliau membuat pemohonan moratorium melalui borang web yang ringkas dan tidak leceh. Yang menariknya, kelulusan telah diberikan melalui SMS pada hari yang sama permohonan dibuat dan beliau telah mendapat butiran ansuran bulanan yang baharu pada hari yang berikutnya.

Panduan Mudah Untuk Mohon 6 Bulan Moratorium Bagi Mereka Yang Terjejas Dengan PKP 3.0

Walaupun pengalaman peminjam mungkin berbeza dari bank ke bank, yang pastinya, peminjam perlu melengkapkan borang ringkas yang disediakan oleh bank dengan memberikan maklumat yang tepat. 

Kajian kami mendapati bahawa borang web permohonan memang ringkas. Peminjam hanya perlu isikan maklumat peribadi yang dikehendaki dan tandakan maklumat yang tersedia seperti dibawah. Yang paling best, tiada dokumen sokongan perlu dikemukan.

Panduan Mudah Untuk Mohon 6 Bulan Moratorium Bagi Mereka Yang Terjejas Dengan PKP 3.0

Puan Norfazlina, pengasas Fazs Faozi Enterprise & Fazbeauty juga berkongsi bagaimana pihak bank membantu perniagaan beliau yang terjejas akibat COVID-19.

Pesannya, supaya rakan PKS yang lain berjumpa pihak bank dan berunding. Pasti akan ada solusi dan jalan keluar yang boleh dicapai kedua-dua pihak dalam menyelesaikan masalah kewangan semasa peminjam. Bagi Puan Norfazlina, beliau telah mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan bantuan moratorium seperti yang diumumkan baru-baru ini. Beliau merasakan beliau masih mempunyai kemampuan untuk meneruskan bayaran bulanan dan ingin menjelaskan hutang dengan bank secepat mungkin.

Macam mana pun, hutang tetap hutang dan perlu dibayar.

Hasil penyelidikan kami berkenaan bantuan yang diberikan di negara lain mendapati bahawa Malaysia ialah satu-satunya negara yang bermurah hati melaksanakan moratorium untuk semua peminjam yang terjejas. Ia juga mudah untuk dipohon demi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di negara ini.

Peminjam juga harus memahami bahawa dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman, faedah akan terus dikenakan ke atas jumlah bayaran ansuran tertangguh. Tetapi tiada faedah tersembunyi atau faedah terkompaun (faedah atas faedah) akan dikenakan ke atas faedah asal pinjaman yang sudah sedia ada.

Sekiranya anda memilih bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah setiap bulan selepas moratorium, maka tempoh pinjaman anda akan dilanjutkan untuk jangka masa yang lebih panjang bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Apa yang penting, dapatkan bantuan lebih awal. Jangan tunggu sehingga hutang menjadi tertunggak tinggi dan tak berbayar (default loan).

LAGI SATU PESANAN PENTING

Bagi mereka yang mendapat moratorium, apabila keadaan kewangan anda bertambah baik di masa depan, pergilah berbincang dengan bank untuk mengubah ansuran bulanan. Ini dapat membantu mengurangkan kos keseluruhan pinjaman dan membolehkan anda melunaskan pinjaman dengan lebih cepat.

Bagi yang mampu untuk meneruskan bayaran bulanan pula, mereka patut terus berbuat demikian. Tindakan ini akan memberi manfaat kepada mereka yang mampu berbuat demikian kerana tidak menambahkan kos keseluruhan pinjaman.

Yang telah berjaya mendapatkan moratorium atau pengurangan bayaran ansuran, gunakan lebihan wang tunai anda untuk belanja keperluan dan bukan untuk tujuan pelaburan. Melabur dalam unit trust menggunakan wang lebihan ini juga tidak berbaloi. 

Sekiranya anda berdepan sebarang kesukaran dalam memohon bantuan bayaran balik pinjaman, anda boleh membuat laporan di bnm.my/RAsurvey

Jika anda memerlukan panduan untuk memilih bantuan bayaran balik pinjaman atau ingin mengetahuai pilihan alternatif yang sesuai dengan keadaan kewangan anda, sila hubungi AKPK melalui services.akpk.org.my

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan bayaran balik pinjaman anda boleh klik di bnm.gov.my/RA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rekod Baharu Positif 9,180 Kes, Apa Yang Berlaku Terjadi di Facebook Dr. Hisham

Kecoh Ditahan Polis, Ini Doa Marshanda Buat Nia Ramadhani Tarik Perhatian Netizen