in , ,

Kecoh Ditahan Polis, Ini Doa Marshanda Buat Nia Ramadhani Tarik Perhatian Netizen

Betullah kata orang, sahabat yang baik dan setia itu adalah sahabat yang kita perlukan tatkala susah dan senang. Ketawa sama-sama dan menangis pun sama-sama seperti Marshanda dan Nia Ramadhani.

Baru-baru ini, berita pelakon terkenal Indonesia iaitu Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie telah ditahan polis tempatan atas dakwaan memiliki dadah jenis syabu telah mengemparkan ramai pihak. Hasil ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan tersebut mendapati mereka positif syabu. Manakala, pemandu mereka turut positif dadah jenis metaphetamine.

Manakala di Instagram, sahabat Nia yang juga pelakon dan penyanyi, Marshanda memberi kata-kata semangat buat sahabat baiknya itu. Menurut Marshanda, dia sentiasa berada di samping Nia Ramadhani walau apa jua keadaan.

Semoga Kamu Kuat Untuk Lalui Semua Ini,”

– Marshanda
Kecoh Ditahan Polis, Sekali Kata-Kata Marshanda Untuk Nia Ramadhani Tarik Perhatian Netizen

“Kamu selalu ada bersama aku ketika waktu sus4h. Aku tahu ini merupakan ujian daripada Allah buatmu sahabat. Kamu pasti boleh melalui semua ini dan menjadi lebih kuat untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang lain. Kami sentiasa ambil peduli mengenai dirimu.”

– Marshanda

Ujar Marshanda, dia menerima segala kelebihan mahupun kekurangan yang dimiliki oleh semua sahabatnya. Malah, dia tidak pernah berasa hebat dan sanggup menilai keburukan yang dilakukan oleh sahabatnya itu. Jelas Marshanda, dia pernah melalui zaman kej4tuhan, kebangkitan, kekalahan dan kemenangan juga.

Oleh itu, Marshanda berharap setiap individu memberi ruang buat Nia Ramadhani untuk perbaiki kehidupannya semula dan belajar untuk menjadi manusia lebih baik. Sebagai sahabat baik, Marshanda memberitahu dia sentiasa berada di sisi Nia sekiranya pelakon ‘Bawang Putih Bawang Merah’ itu memerlukan sokongan, pertolongan, kasih sayang dan tempat untuk mengadu.

Kecoh Ditahan Polis, Sekali Kata-Kata Marshanda Untuk Nia Ramadhani Tarik Perhatian Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Marshanda kerana sentiasa memberi sokongan buat sahabat baiknya itu. Menurut netizen, Nia Ramadhani memerlukan sokongan daripada keluarga serta sahabat pada waktu ini agar terus menjadi kuat dan berubah ke arah yang lebih baik.

Tular Foto Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Memakai Baju Tahanan

Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani bersama suaminya, Ardi Bakrie, dan pemandu mereka telah disahkan sebagai suspek dalam kes pengambilan dadah jenis syabu. Ketiga-tiganya telah dibawa keluar dari Polres Metro Jakarta Pusat (Central Jakarta Metro Police).

Suami kepada Nia Ramadhani, Ardi Bakrie dilihat berjalan keluar, kemudian disusuli dengan Nia Ramadhani dan ZN, pemandu mereka. Ketiga-tiganya dilihat memakai baju tahanan berwarna merah dan memakai topeng pelitup muka.

Nia Ramadhani ditangkap oleh pihak polis di rumahnya yang terletak di kawasan Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, pada petang Rabu (7/7), dengan 0.78 gram dadah jenis syabu bersamanya. Selain itu, pemandu Nia Ramadhani juga turut ditangkap oleh pihak polis.

Pada malam harinya, Ardi Bakri datang menyerah diri di Polres Metro Jakarta Pusat (Central Jakarta Metro Police). Ketiga-tiganya kemudian melalui ujian air kencing dan disahkan positif dadah jenis syabu.

Tular Foto Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Memakai Baju Tahanan
Tular Foto Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Memakai Baju Tahanan
Tular Foto Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Memakai Baju Tahanan
Tular Foto Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Memakai Baju Tahanan
Tular Foto Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Memakai Baju Tahanan
Tular Foto Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Memakai Baju Tahanan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Peminjam Mohon Bantuan Moratorium di Bawah Pakej PEMULIH

Najib Razak Dakwa Kerajaan Sengaja Buat Silap Untuk Elak PRU15