in ,

Rekod Baharu Positif 9,180 Kes, Apa Yang Berlaku Terjadi di Facebook Dr. Hisham

Pecah rekod! Malaysia mencatatkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 9,180 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 817,838.

Kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan sebelum ini ialah 9,020 pada 29 Mei lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,271 kes, Negeri Sembilan (899) dan Sarawak 406 kes.

Kedah mencatat 417 kes, Sabah (323), Johor (315 kes), Melaka (222), Perak (241), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis satu kes.

Rekod Baharu Positif 9,180 Kes, Apa Yang Berlaku Terjadi di Facebook Dr. Hisham

Berikut reaksi netizan yang meninggalkan pelbagai komen

Rekod Baharu Positif 9,180 Kes, Apa Yang Berlaku Terjadi di Facebook Dr. Hisham
Rekod Baharu Positif 9,180 Kes, Apa Yang Berlaku Terjadi di Facebook Dr. Hisham

Kes Positif Covid-19 Boleh Mencecah Hingga 30,000 Orang – Pakar Virologi

Kuala Lumpur: Peningkatan kes harian Covid-19 dan jumlah kematian ketika ini menggambarkan situasi sebenar pandemik itu di negara ini.

Pakar Virologi Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, jumlah individu positif Covid-19 mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan dan mungkin boleh mencecah sehingga 30,000 orang.

“Sebenarnya, jumlah jangkitan dalam komuniti adalah lebih tinggi iaitu purata antara tiga hingga empat kali ganda daripada kadar kes semasa ketika ini.

“Maknanya, kes positif masih banyak di luar sana yang tidak dilaporkan, sama ada daripada mereka yang tiada gejala atau tidak pergi buat ujian,”

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan juga tidak berkesan mengawal penularan dan menurunkan kes kerana masih berlakunya pergerakan.

“PKP yang dilakukan agak longgar kerana membenarkan pergerakan contohnya ke tempat kerja. Virus ini akan menular selagi manusia bergerak.

“Penularan jangkitan adalah mengikut jaringan sosial iaitu seorang individu dijangkiti ke tempat kerja dan pulang ke rumah bersama ahli keluarga. Ahli keluarga pula ke tempat kerja masing-masing dan menjangkiti rakan sekerja,” katanya.

Justeru, katanya, majikan perlu bertanggungjawab menyediakan prasarana selamat di tempat kerja antaranya sistem pengudaraan yang baik, penjarakan fizikal dan mewajibkan saringan kepada kakitangan.

Selain itu, Dr Sazaly berkata, adalah lebih baik jika ujian saringan menggunakan RTK Antigen (RTK-Ag) dilakukan secara menyeluruh melalui pembabitan klinik swasta dan farmasi seluruh negara.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini hanya melaksanakan saringan bersasar iaitu menumpukan kepada kawasan berlaku jangkitan dan kontak rapat kes positif.

Beliau berkata, langkah mendemokrasikan pengesanan itu akan membantu mengesan lebih ramai individu yang dijangkiti Covid-19 dan mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.

Menurutnya, pemberian vaksin juga perlu dipercepatkan kepada semua rakyat di negara ini terutama golongan berusia 50 tahun ke atas.

Semalam, kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 kembali menunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan 1.09 berbanding 1.07 pada hari sebelumnya.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kesan Pandemik, Nurflix Bina Rangkaian Media Islamik Antarabangsa

Pengalaman Peminjam Mohon Bantuan Moratorium di Bawah Pakej PEMULIH