in ,

SEDIHSEDIH

Pengakuan Orang Gaji Ummi Nazeera: Ummi Kena Libas

Dalam Harian Metro ini, bibik aka orang gaji di rumah Ummi Nazeera menjadi saksi pertengkaran antara pelakon itu dengan Remy Ishak. Berikut ini adalah pengakuannya dan korang boleh baca berita selanjutnya di sini.

Teruk gak kena ni…

“Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),” kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.

Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24.

Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.

Sebelum ini, akhbar hanya melaporkan kenyataan Remy yang mendakwa dia diserang sekumpulan tujuh lelaki sehari selepas kejadian pertengkarannya dengan Ummi, 4 Disember lalu, namun tiada penjelasan balas daripada Ummi.   

Susi berkata, selepas kejadian itu Remy datang kepadanya di tangga dan sempat berpesan sebanyak dua kali supaya tidak memberitahu kepada sesiapa, malah menyuruhnya mengambil bedak asas bagi menutup luka di muka Ummi.

“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka. Saya hanya menurut perintah dan membantu cik muda yang mengadu kesakitan akibat bengkak di muka kiri dengan luka dan lebam sekitar matanya,” katanya yang ditemui di restoran milik Maziah di Danau Kota di sini, semalam.

Pertemuan itu diatur bagi mendapatkan penjelasan sebenar insiden berkenaan yang difahamkan bukan kejadian pertama, sebaliknya Ummi pernah dicederakan ketika mereka bertengkar.

Ditanya bagaimana dia boleh berada di tempat kejadian, warga Indonesia itu memberitahu dia diarahkan tuan muda (abang Ummi) supaya mencari adiknya di bawah kondominium di Jalan Ampang.

“Selepas cik muda turun, tuan muda suruh saya meninjau keadaan cik muda, tapi dia minta saya duduk di tepi memerhatikan dari tangga,” katanya

Berikutan tidak tahan dengan nasib malang menimpa anaknya, Maziah menghantar surat terbuka berbentuk pesanan kepada Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan keadaan. Antara kandungan surat itu menyebut, dia tidak menghalang persahabatan anaknya seperti didakwa Remy sebagai hubungan antara dua darjat, sebaliknya mempersoalkan tindakan aktor popular itu memukul anak kesayangannya.

Keluarga Ummi juga membuat laporan polis pada awal pagi 5 Disember dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri. Sebelum insiden pukul itu, Remy dikatakan bertengkar dengan Ummi hingga menyebabkan kecederaan pada aktres remaja terbabit, sebelum pelakon berkenaan dipukul sekumpulan tujuh lelaki di koridor bilik persalinan Istana Budaya pada malam keesokannya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Remy mengenai surat yang dihantar ibu Ummi kepadanya gagal kerana talian telefon bimbitnya dimatikan. [sumber]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. haih.. tak caye lgsg.. mcm dibuat2 je.. tak percaya lgsg kata org gaji dia tu.. tah2 org gaji dia da diupah bonus 2 bulan tak utk ckp cm tu.. hahahaha.. :)) haih.. pompuan cm ni pun ader ke… ishk.. seb baik ko anak org besar la wey.. selamat….

  2. celet2 sirap pn blh jd cmtu..nthla..dua2 pn ssh nk caye..kalu btol npe xbuat report lps kne..sayang pn beragak la..rasenye umi ni xsebodoh tu kot..

  3. Perempuan harus dihormati dan dilindungi..
    tapi kalo perangai dah serupa MAK ESAH PUAKA…

    baik2 sabar pun boleh hilang sabar !

    Yg lelaki pulak… kalo dah perangai mcm musibat..
    memang patut pun kasi ajar di punya muka..

    Jadi kesimpulannyer… sajaklah kedua2nya kena pukul…

    Pasangan karat…. 😛

  4. aduh, sudah-sudahlah.
    tak habis-habis lagi ke?
    biarlah polis siasat.
    hurm.
    semua org amek iktibar pape yg ptut.

  5. orang muda………ni pengajaran buat semua, saya bukan nak pertahan mn2 pihak, just nak berkongsi pandangan sedikit……lelaki adalah sebagai pelindung kepada wanita, bukannya untuk menyakitii, jika berlaku perselisihan sekalipun bukan dengan cara memukul & menyakiti jalan penyelesaiannya…tunggaknya ialah kembali kepada Al-Quran & Sunnah, jika hidup berlandaskan iman & takwa, maka penyelesainnya akan terhasil dengan penuh hikmah………….inilah realiti manusia zaman sekarang yg amat tertinggal ke belakang dari segi akidah, cukupla jika solat dipenuhi, kerana Allah telah menjanjikan bahawa solat iti adalah tiang agama & mencegah dari kemungkaran, jika tiang sudah roboh, apa asas yg oerlu dipegang? fikir2kanlah & selamat beramal………….

  6. Ummi & family ni keluarga baik2
    tapi mungkin abg ummi ni dah takleh tahan dgn siremy yg selalu buli adik dia.
    sendiri mahu ingat la remy oii!!
    jantan pukul pempuan dayusssss!!!!!!
    ummi ni muda lagi….ikut darah muda…tapi ini remy sudah mandram
    sampai tahap cam ni pun ummi masih boleh maafkan
    apa la remy…sian ummi

  7. halo laobe! mana ko tau keluarga ummi tu keluarga baik2? kenapa ummi tu boleh bercampur dgn org mcm remy yang jahat2 tu? dayus? sebelum nak kata org dayus, pi carik maksud dayus dulu..jgn nak mengata org dan banyak cakap. ummi tu gatal dan remy tu mental disorder. dua2 with probs….

  8. tetap sokong remy seadanya…
    ada hikmah di sebalik kejadian…
    diorang pun dh bermaafan n masih berkawan…

    to remy,

    GOOD LUCK!!!

  9. aq pon ada bibik x cya la smpai jdi cam tu kan ishhhh…..
    kesian tpi nma bibik aq khuzaenah nnti aq x mau ambk bibik dh la

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Awal Ashaari di Majlis Koktel Raikan Nona 2010

Eksklusif Gambar Maya Karin Masa Pengambaran Nona 2010