in

Gambar Awal Ashaari di Majlis Koktel Raikan Nona 2010

Sangat meriah Majlis Koktel Raikan Nona 2010 yang diadakan di Tin Mine, Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur. Temanya pun ceria dan segar… semua hadirin dikenakan syarat untuk datang dengan pakaian anggun berwarna turquoise dan putih.

Rasanya, semua pembaca dah tahu, Maya Karin adalah pengacara baru program Nona, sebuah program majalah wanita ulung terbitan TV3. Tahniah Maya Karin! Bertambah sibuklah dia… rezeki kahwin juga, tapi kalau dah sibuk sampai seminggu tak bersama suami tak boleh juga. Yang sebenarnya, Maya sangat sibuk. Sibuk yang menggila orang kata. Dengan filem Cun Melecun arahan Osman Ali dan beberapa lagi tawaran yang datang, rasanya Maya Karin kembali menyengat di tahun 2010!

Tak nak citer banyak pasal Maya Karin sebab Budiey akan cerita lagi selepas ini pasal program Nona yang telah pun menjalani pengambaran bersama Maya Karin. Taklah kekok katanya kerana Maya Karin dulu pernah jadi pengacara.

AWAL ASHAARI AKAN JADI SAINGAN ANUAR ZAIN?

Pelakon & pengacara yang dikatakan sedang di lamun cinta ini sebenarnya pernah memasuki ujibakat Malaysian Idol tidak lama dulu untuk mencuba nasib sebagai penyanyi. Namun, rezeki tidak berpihak kepada Awal. Namun, selepas itu, Awal ditawarkan pelbagai tawaran untuk mengacara & berlakon.

Sejak dari itu, memendam rasa untuk menjadi penyanyi. Namun, untuk tahun 2010 ini, Awal Ashaari bakal menjadi saingan untuk penyanyi lelaki lain yang sedia ada. Awal Ashaari masih dalam proses pemilihan lagu & beliau memilih ‘pop ballads’ sebagai percubaan.

“Walaupun vokal saya tak sehebat penyanyi ‘top’ negara tapi sekurang-kurangnya, saya cuba hiburkan peminat, sebagai halwa telinga buat mereka,”

Majlis koktel yang bertukar menjadi parti pada malam itu dihoskan oleh Awal Ashaari. Budiey nampak Awal datang dengan manager dia sangat awal. Nama pun Awal, kan… so datang event pun kena awal. Bukan apa, katanya tak nak harung jalan yang sangat sesak memandangkan hotel ni duk kat tengah-tengah bandar KL.

Dalam gambar ni, Awal nampak sunyi… tengok… kat atas tu… penuh dengan lampu-lampu disco.

Okaylah, sebenarnya, Budiey nak letak gambar Awal yang sempat diambil.

Mmm… tak lama lagi, Sehati Berdansa akan tamat. Malam final SB pada 26 Disember 2009 kat PICC Putrajaya. Siapa akan menang? Mmm… tengok aje lah ek. Yang penting, saksikan Awal jadi hos malam tu, bersama Fahrin dan Scha.

Di saat Awal Ashaari memperkenalkan Maya Karin. Cantik tak Maya? Fuh, mestilah canteek!

Pengambaran Nona musim baru ni dibuat di Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur. Tapi yang menariknya, Nona kali ni muncul dengan montaj 3D baru berorientasikan galeri yang menghimpunkan intipati segmen Nona dengan gaya susunan muzik oleh komposer Damien Mikhail.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

flymas.mobi – as easy as 1,2,3!

Pengakuan Orang Gaji Ummi Nazeera: Ummi Kena Libas