in ,

Eksklusif Gambar Maya Karin Masa Pengambaran Nona 2010

Baru-baru ini, dalam kesibukan yang amat sangat, Maya Karin akhirnya telah berjaya melalui satu rakaman untuk program Nona musim terbaru. Sensasi Selebriti diberi hak eksklusif untuk menyiarkan gambar-gambar sepanjang rakaman yang diadakan di butik Khoon Hooi.

4190703550 Cbec9C6098 O | 4

Lovely.. Maya Karin!

Sememangnya, program Nona begitu sinonim dengan wanita dan fesyen. Sejak tahun 1985 bersiaran, Nona menggamit ramai penonton sehingga 1.5 juta penonton secara purata setiap minggu. Skop liputannya begitu meluas hingga ke luar negara dan pencarian bakat baru menerusi pertandingan Pesona Nona juga, Budiey kira telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Tahniah buat krew Nona!

Untuk musim baru ini, Nona akan kembali dengan segmen FOKUS yang menjurus kepada isu dan masalah wanita dengan laporan lebih terperinci dan meluas. Antara topik yang menarik dalam fokus ialah Gadis Call Girl, Evolusi Anak Mami dan Kahwin Campur Anak Bijak.

4189938007 F706Fef5Af O | 5

Segmen Fesyen pun ada. Mempamerkan rekaan terkini tempatan dan luar negara. Segmen Perkahwinan, satu segmen yang menjadi nadi tarikan sebenar Nona yang dinantikan oleh penonton. Segmen Buletin akan memaparkan berita berkaitan dengan keperluan wanita seperti pelancaran produk terbaru dan tidak ketinggalam segmen Kecantikan yang berkongsi tip-tip penjagaan ketrampilan diri dan juga khidmat spa.

Ini dia gambar eksklusif Maya Karin di saat menemu bual pereka fesyen terkenal Khoon Hooi di butiknya di sekitar Kuala Lumpur.

Kepada Maya Karin, semoga dengan kehadiran Maya dalam keluarga Nona akan lebih menarik tumpuan penonton. Terus sukses di tahun 2010. Budiey akan selalu support you!

4189937813 39Dd8Ff1D5 O | 6

4189937887 8F3Ea110Bf O | 7

4189938097 528740B834 O | 8

4190698182 135029C4A9 O | 9

4189940073 C5E355054E O | 10

4189940145 B63D41966F O | 11

4190699198 3Ee876C1F0 O | 12

4190700018 Cccc3898Ee O | 13

4190700242 0A06816176 O | 14

4190702410 Da01A6D5Ae O | 15

4190703150 8Be2A7971E O | 16

4189944553 0A5A74313E O | 17

4190703378 6902F067B0 O | 18

4189945425 3799Ddee8C O | 19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengakuan Orang Gaji Ummi Nazeera: Ummi Kena Libas

RTM Siar 6 Filem Inggeris Khas Sempena Sambutan Krismas