in ,

Pengacara Malaysia Hari Ini Fadzly Fuad Sayu Melihat Ahmad Fedtri Yahya Cedera

Berkongsi kejadian itu, Fadzly yang mula bertugas di MHI, Januari lalu, melihat Fedtri mengendalikan lintas langsung konvoi berbasikal membabitkan 25 peserta diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anuar Salleh, kira-kira dua jam sebelum kejadian.

“Saya boleh nampak betapa bersemangat dan puitisnya Fedtri kita mengendalikan lintas langsung itu. Malah, dia sempat berpantun di hentian pertama iaitu di hadapan kakitangan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyambut ketibaan konvoi.

“Saya dan seorang lagi rakan pengacara, Hanif Miswan menyertai konvoi berbasikal itu. Fedtri pula berada di atas trak ‘pickup’ membuat laporan.

“Konvoi bermula dari Sri Pentas pada kira-kira jam 8.10 pagi membabitkan laluan hingga Putrajaya dan berakhir di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, kira-kira jam 9 pagi.

“Sebaik acara selesai, kami sempat menikmati nasi lemak sebelum saya meneruskan kayuhan ke Sri Pentas. Fedtri pula menaiki trak pulang ke ibu pejabat TV3 itu,”

– Fadzly Fuad

Semalam, BH Online melaporkan, Fedtri cedera selepas terjatuh dalam kejadian di tempat letak kereta di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, Rabu lalu.

Fedtri dilaporkan cedera pada bahagian muka iaitu kening kiri dan bibir sehingga perlu dijahit.

Mengesahkan perkara itu, TV3 dalam kenyataannya memberitahu, Fedtri sedang dirawat di hospital.

Fadzly berkata, lima minit selepas tiba di Sri Pentas, suasana kecoh apabila ramai kakitangan memberitahu Fedtri jatuh basikal.

Tambah Fadzly, difahamkan sebelum kejadian, Fedtri mengeluarkan basikal yang dikatakan dipinjam daripada kawannya untuk dicuba.

“Fedtri mahu bergambar ‘suka-suka’ dengan basikal itu. Hendak dijadikan cerita, ketika mengayuh basikal berkenaan, dia dikatakan jatuh lalu tersembam di atas permukaan jalan,”

– Fadzly Fuad

Fadzly sempat melawat Fedtri di hospital selepas teman pengacaranya itu selesai menjalani pembedahan.

“Kecederaan pada dahi dan bibir sudah dijahit sempurna.

“Saya fikirkan cedera biasa sahaja. Namun, apabila melawat Fedtri di hospital dan melihat keadaan dirinya, kecederaannya agak serius.

“Bayangkan mukanya dipenuhi darah… Cukup sayu memandangnya,” katanya.

– Fadzly Fuad
*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

“Biar Jadi Pengajaran, Jangan Cakap Tanpa Berfikir,” – Peguam

Andi Bernadee Lancar Single Berentak Balada Berjudul PENAT