in , ,

Penerbangan Percuma untuk Semua Pemegang Pas Tanpa Had AirAsia

Untuk memacu pelancongan domestik di Malaysia dan dalam persediaan untuk pembukaan semula sektor perjalanan domestik dan antarabangsa

Pemegang Pas Tanpa Had AirAsia (Cuti-Cuti Malaysia) kini boleh menebus satu penerbangan pergi-balik secara percuma* ke Langkawi atau mana-mana destinasi domestik yang tidak dapat dilakukan berikutan sekatan perjalanan yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu. 

Inisiatif ini juga merupakan sebuah penghargaan dari AirAsia kepada para pelanggan yang terus setia  menyokong pada masa yang mencabar ini. Dilancarkan pada bulan Jun 2020, Pas Tanpa Had AirAsia membolehkan semua ahli BIG Rewards yang menetap di Malaysia membeli pas tersebut untuk menebus penerbangan tanpa had di seluruh Malaysia bermula dari tarikh pembelian hingga 30 Jun 2021

Penerbangan Percuma untuk Semua Pemegang Pas Tanpa Had AirAsia

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Kami menerima sambutan yang menggalakkan ketika kami melancarkan Pas Tanpa Had AirAsia (cuti cuti Malaysia) pada tahun lepas. Ramai tetamu telah memanfaatkan pas tersebut dengan melakukan perjalanan dan menikmati cuti-cuti Malaysia di seluruh rangkaian domestik kami merangkumi 16 destinasi. Akan tetapi, ada yang tidak dapat menggunakan pas mereka sepenuhnya berikutan sekatan perjalanan. 

“Sebagai tanda penghargaan, kami ingin memberikan penerbangan percuma ke mana-mana destinasi domestik untuk pemegang Pas Tanpa Had cuti-cuti Malaysia. Kami berharap mereka akan mengambil peluang ini untuk bercuti ke Langkawi atau membuat perjalanan penting ke destinasi-destinasi domestik. Ini juga merupakan satu lagi inisiatif kami untuk memacu pelancongan domestik Malaysia serta menyokong usaha kerajaan, terutamanya berkenaan gelembung perjalanan Langkawi dan destinasi-destinasi lain yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“AirAsia telah melaksanakan beberapa langkah inovasi teknologi tanpa sentuhan dan penambahbaikan untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang mudah dan lancar kepada para tetamu. Kini para tetamu boleh menggunakan perkhidmatan daftar masuk kendiri melalui airasia Super App, perlepasan tanpa sentuhan menggunakan FACES, dan prosedur operasi standard yang mantap bagi mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa. 

“Penerbangan juga hanya dikendalikan oleh kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya dan ciri-ciri keselamatan di dalam pesawat menjadikan penerbangan sebagai kaedah pengangkutan yang paling selamat. Kejayaan gelembung perjalanan Langkawi juga adalah hasil daripada penglibatan dan kerjasama berterusan kami dan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, pihak berkuasa kesihatan dan pihak penerbangan awam yang lain. 

Pemegang pas akan dimaklumkan melalui alamat emel berdaftar mengenai faedah tambahan ini atau mereka boleh klik pada ikon ‘Unlimited’ di airasia Super App.

Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook. Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan lancar, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

*Tempoh perjalanan dari 11 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022. Penebusan hanya boleh dibuat untuk penerbangan dengan kod AK. Tempahan mestilah dibuat 14 hari sebelum tarikh perlepasan untuk tempahan antara 27 September 2021 dan 27 Disember 2021. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem SERIGALA LANGIT Ditayangkan di Astro First Mulai 25 September 2021

Zydee One Nation Emcees Alami Pendarahan Otak, Dilaporkan Stabil