in , ,

Kumpulan Idola K-Pop Wanita Korea TRI.BE Lancar Single Berjudul DA LOCA

Bersedia untuk melakar sejarah antarabangsa, kumpulan idola K-POP Korea yang pertama dari Universal Music Group, TRI.BE melancarkan album debut dua-lagu mereka, TRI.BE Da Loca, hari ini. TRI.BE Da Loca menampilkan single debut mereka, “DOOM DOOM TA” dan “Loca”.

Kumpulan mahir empat bahasa yang pertama seumpamanya, TRI.BE terdiri daripada tujuh anggota – SONGSUNJINHAHYUNBINSOEUNKELLYJIA dan MIRE – berkebolehan untuk bertutur dan menyanyi dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun, dan Korea. Salah seorang produser K-POP yang terkenal di dunia, S.Tiger [BEAST, IU, 4Minute, MOMOLAND, EXID, T-ARA, Apink, HyunA], yang mengetengahkan TRI.BE dan menghasilkan dua trek yang terkandung dalam TRI. BE Da Loca.

DENGARKAN LAGU DARI [TRI.BE Da Loca]

Kini, kesemua tujuh anggota yang berkeyakinan tinggi dan berbakat besar ini secara rasmi memperkenalkan diri mereka. Single utama “DOOM DOOM TA” menggabungkan genre Afrobeat dan Moombahton dengan alur universal dan korus yang mantap membawa semangat kesejatian dan pemerkasaan diri. Kumpulan ini juga mempersembahkan video muzik yang berwarna-warni untuk lagu itu, yang memperlihatkan keperibadian mereka yang tersendiri dalam satu vignet yang menarik.

Sementara itu, rentak bertenaga dalam “Loca” membuka jalan bagi mereka mengumumkan kemunculan mereka. Kedua-dua bop global ini mengesahkan TRI.BE sebagai kumpulan K-POP baru yang hebat.

TONTON VIDEO MUZIK [DOOM DOOM TA]

Nama TRI.BE berasal dari gabungan kata “segitiga”, yang menandakan bentuk yang paling sempurna, dan “menjadi”, yang mengarah ke slogan, “Kita sempurna seadanya”. Kumpulan ini menyampaikan mesej mencintai diri sendiri dan keyakinan diri dengan melaungkan konsep utama mereka “Girl Swag“.

Terima kasih kepada TRI.BE.,”Girl Swag” menjadi global pada tahun 2021.  

MEDIA SOSIAL TRI.BE

Official YouTube: https://www.youtube.com/TRIBE_2021

Official Twitter: https://twitter.com/tribedaloca

Official Facebook: https://www.facebook.com/tribedaloca/

Official Instagram: https://www.instagram.com/tribedaloca/

Official TikTok: https://www.tiktok.com/@tribedaloca

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kolaborasi Kmy Kmo & Luca Sickta Bersama Dato’ Jamal Abdillah dalam NERACA

Pendatang Baru Kelahiran Sarawak, Assya Yen Lancar Single Berjudul DIANTARA