in

Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009

Kejayaan penganjuran Juara Asyik 2007 oleh RTM untuk mencari bakat-bakat baharu penyanyi dan pemuzik Orang Asli mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dalam kalangan belia Orang Asli. Lebih meyakinkan apabila belia-belia Orang Asli di seluruh Semenanjung menyokong penganjuran pertandingan ini dan berharap untuk menyertainya pada masa akan datang. Sebagai satu-satunya saluran mencungkil bakat nyanyian dan penciptaan lagu-lagu Orang Asli, ASYIKfm sekali lagi mengajurkan pertandingan Juara Asyik 2009 dan berharap program ini akan di adakan sebagai acara dwitahunan RTM.

Dengan penganjuran untuk kali yang kedua, Juara Asyik 2009 memberi sedikit kelainan apabila pertandingan ini terbuka untuk penyanyi solo dan bukannya berkumpulan seperti tahun 2007 selain terus mempopularkan ASYIKfm kepada khalayak pendengar yang berperanan memartabatkan lagu-lagu moden ciptaan Orang Asli sendiri sebagai khazanah bangsa dan mempunyai ‘sound of station’ serta keunukannya yang tersendiri.

Konsep pertandingan ini memberi tumpuan kepada pencarian bakat penyanyi solo dan penciptaan lagu-lagu oleh kugiran amatur (komposer) masyarakat Orang Asli. Lagu-lagu yang dibenarkan adalah yang berirama Pop Komersial, Balada, Rock, R&B, Dangdut dan Pop Etnik. Manakala pemarkahan adalah mengambil kira vokal, persembahan dan penampilan.

Ujibakat pertandingan terbuka kepada peserta kaum Orang Asli yang berumur antara 15 hingga 30 tahun pada tarikh hari uji bakat. ASYIKfm akan mengadakan beberapa uji bakat untuk memilih lapan peserta yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir. Sebanyak 10 lokasi dicadangkan untuk mencari bakat-bakat penyanyi solo di penempatan mereka. Setiap peserta yang ingin menyertai Uji Bakat JA 2009 dikehendaki menghantar SMS. Caranya dengan menaip RAJ [Jarak]  nama, lokasi uji bakat diadakan dan nombor telefon. Hantar ke 32776.
 
Lokasi pertama ujibakat akan di adakan pada 2 dan 3 Mei 2009 hari Sabtu dan Ahad di Negeri Sembilan, Melaka dan Kompleks Rakan Muda Bera, Pahang. Seterusnya pada 9 Mei dan 19 Mei 2009 di Dewan Serba Guna Gerik, Perak. 16 dan 17 Mei 2009 di Kuala Rompin, Pahang. Pada 23 dan 24 Mei 2009 di Dewan Serbaguna, RPS Betau. Pada 5 dan 6 Jun 2009, ujibakat akan di adakan di Dewan Serbaguna RPS Kuala Betis, Gua Musang Kelantan dan Kluang Johor. 13 dan 14 Jun 2009 di Segamat Johor, 20 dan 21 Jun 2009 di Dewan Merdeka Tapah Perak dan lokasi terakhir ujibakat akan di adakan pada 27 Jun 2009 di Auditorium P.Ramlee, Wisma Radio Kuala Lumpur.

Pastikan anda mendengar siaran ASYIKfm untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pertandingan Juara Asyik 2009.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Marlia Musa di Sidang Media Anak Wayang

Sinopsis Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam